Saya laa gadis bergigi besi tu ^_^

Sunday, 21 July 2013

Pengalaman berkenalan dengan lelaki

Assalamualaikum :)

Pengalaman aku berkenalan dengan lelaki memang banyak laa . Tapi pengalaman tu yang mengajar kita sebenarnya kan ?

Rellye dengan Aizat

Dua-dua memiliki sikap yang sangat berbeza . Aku tak nak samakan diorang . Masing-masing ade cara masing-masing . Rellye dengan cara dia . Aizat pulak dengan cara dia . Proses atau cara aku berkenalan dengan diorang pon lain . First aku tengok Rellye mase time kesatria . Kalau Aizat nie pulak time kemahiran insaniah . 

Rellye nie kalau kite tengok dia dalam kategori lelaki yang sopan . Maksud aku bukan laa aku nak cakap yang Aizat nie tak sopan . Cuma Rellye nie dia agak pasif , agak pendiam sikit berbanding Aizat yang suka huha-huha . Aizat pon ade jugak perasaan malu dengan perempuan . Dengan aku pon dia sopan .

Kalau kite tengok penampilan Rellye macam budak baik , penampilan Aizat pulak macam budak rempit , kaki motor . Satu jelaa aku nak cakap kat sini ... 

Don't judge a book by its cover

Penampilan luaran tak semestinya melambangkan sikap seseorang tu . Tak semestinya Aizat dress up macam tu ... ow nak cakap dia yang kaki motor , mat rempit . Plizzz laa ... open your mind . Jangan cepat judge seseorang tu . Ade jer orang yang dress up kemas , sopan tapi jahatnyer mashaallah ...

Waktu dengan Rellye dulu mase aku cakap aku nak berkawan dengan dia ... so far ok laa . Dia bagi respon yang baik . Dia nak jugak berkawan dengan aku . At least ade feedback laa kan . Macam tu jugak dengan Aizat . Bermula dari kirim salam dan sampai laa hari ini aku still berkawan dengan dia . Dua-dua bagi respon yang sangat baik bila aku cakap aku nak berkawan dengan diorang . Alhamdulillah :)

Bukan nak kata laa ... tapi aku tengok Aizat lebih appreciate aku berbanding Rellye . Aku tak cakap yang Rellye tak appreciate aku ke ape . Tapi tak sampai tahap 100 peratus . Lain dengan Aizat , bila aku ajak Aizat keluar ... ok , dia pon nak keluar . Pergi minum ke ... Tapi bila aku ajak Rellye study sama-sama aku masih nampak kejanggalan dia bila dengan perempuan . Rellye nie hanya berani bila di facebook sahaja . Bila aku chatting dengan dia ... seolah-olah kita dah kenal lama . Tapi bila dia di luar perasaan malu tu masih melekat pada dirinya . Aizat nie malu-malu jugak tapi at least dia takde perbezaan dalam facebook dengan luaran . Kalau chatting dengan dia ... macam mane dia kat luar macam tu jugak dia kat dalam facebook . Dia just jadi diri dia .

 Aku sebenarnya tak nak bandingkan sape-sape . Dua-dua aku kenal , dua-dua baik . Dua-dua pon ok .
 

Doa mendekatkan kami yang berjauhan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

" Ya Allah ... Aku mohon padamu Ya Allah Kau permudahkanlah hubungan aku dengan jejaka yang telah mengetuk pintu hatiku pada saat ini iaitu Amirul Aizat . Jika dialah jodoh aku Kau aturkanlah hidup aku dan dia dengan baik . Sesungguhnya perancanganMu itu lebih baik . Jika itu yang terbaik , hamba sebagai manusia hanya mengikuti perancanganMu . Kau bukakanlah pintu hati dia supaya ada sedikit ruang untuk aku Ya Allah . Supaya dia dapat terima aku Ya Allah . Aku mohon padaMu Ya Allah supaya Kau sentiasa melindungi Amirul Aizat dimana pon dia berada , apa pon yang dia lakukan , Kau lindungilah dia . Berilah kebahagiaan kepadanya di dunia dan akhirat . Murahkanlah rezekinya . Bukakanlah pintu rezekinya seluas-luas pintu syurga . Bersihkanlah hatinya serta kuatkanlah imannya . Semoga dia sentiasa menjalankan perintahMu Ya Allah . Jika dia benar-benar jodohku , Kau kuatkan perasaan ini Ya Allah . Satukanlah hati kami . Semoga dia juga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya . Aku gembira melihat dia bahagia Ya Allah . Semoga hubungan persahabatan yang terjalin antara aku dan dia berkekalan sehingga ke jinjang pelamin . Aku juga berharap semoga kami akan dapat berjumpa lagi pada sem depan . Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya Kau Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani . Perkenankanlah doaku Ya Allah . Amin amin Ya Robal Alamin "

*Aku sangat bersyukur dapat mengenali dirinya dan terima kasih kerana telah mempertemukan kami* 

 

Dia ... Ainan Tasneem :)

Assalamualaikum :)

Semenjak dua menjak nie kan tak tahu kenapa dan mengapa aku suka betul tengok Ainan Tasneem . Dia nie memang agak lawa jugak berbanding Najwa Latiff . Umur Ainan Tasneem nie pon sebaya dengan aku . Tapi tak sangka laa dia boleh femes sampai tahap nie . Padahal artis youtube je pon . Tengok , artis youtube pon boleh cipta nama . Tak payah nak masuk akademi fantasia bagaii .

Aku lihat dia disana ...
Cantik kann ? Aku suka tengok cara dia bertudung . Style dia memang cantik , elegen , ranggi . Dia pandai berfesyen .












Aku nie sebenarnye bukan penggemar lagu-lagu melayu . Ape lagi lagu-lagu macam najwa latiff , lagu ainan tasneem pon aku tak berapa minat sebenarnye . Tapi disebabkan aku hanya ingin melihat dia dalam video klip lagu 150 juta . Sebab tu aku dengar lagu tu . Not bad . Patot la ramai yang suka . Aku suka tengok video lagu 'Kamu Saja' sebab jalan citer dalam video klip tu romantik sangat . Macam ade kene mengena dengan aku sikit . Sikit je ... tak banyak pon .

Lagi satu ... style dia ade iras-iras style aku la . Aku baru perasan . Cara dia pakai tudung memang sebijik macam aku . Siyezly , aku tak pernah tiru dia sebab before this aku memang tak care langsung dengan artis melayu nie ape lagi artis youtube . Aku just kenal nama ... ow Ainan Tasneem . Tapi orangnya aku tak berapa kenal sangat . Cuma akhir-akhir nie jer aku google pasal dia .

'tapi dia nangis tonton cerita korea' ... aku suka lirik yang nie :)

Friday, 19 July 2013

First date

Assalamualaikum :)

Aku ingat lagi mase first date aku dengan Aizat kat tasik seksyen 2 . hahaha . Mula-mula macam nie citer dye . Sehari sebelum aku keluar date tu , aku ade chatting dengan Aizat kat fb . Kak ton (bukan nama sebenar) cakap ... ajak la Aizat keluar . So , aku pon memberanikan diri berchatting dengan dia dan mengajak dia untuk keluar . Mula-mula dia cakap ok , tengok la , nanti dia akan bagitau semula . Pape hal dia akan mesej . Aku pon ok jela . Tak cakap ape . Aku memang tawakal laa dengan jawapan dia esok . Kalau ade , ade laa . Camtu je style aku .

Pastu keesokannya , petang tu ... aku ade online fb laa dalam pukul 4 petang camtu . Aku tengok dia pon online . Aku macam tak percaya je dengan Aizat nie . Yer yer je kata nak pergi . Last-last dia tegur aku kat fb . Dia cakap jadi tak pergi tasik ? Wahhh !! Giler laaa ... dia tanye kott . Mase tu aku memang dah eksaited giler dahh . Kalau ade tasik depan aku tu ... time tu jugak aku rase macam nak terjun tasik . Tak sangka kan ? Memang tak sangka . Pastu aku pon reply la . Aku cakap yang aku nak keluar pergi tasik dengan Kak ton ape semua . Pastu tuptup dia bagi nombor tepon dia kauuuuuu . hoho ~ engkauuu hadooo ?? haha . Perghhh ... siap bagi nombor bagai . Aku punya la ingat mamat nie main-main . Sekali siap bagi nombor tuuu . Belom pape lagi . Aku pon tak sempat mintak lagi tu . Bila da ade nombor dia , aku pon miskol . Gilerrrr AKU ADE NOMBOR AMIRUL AIZAT LAAAA ... !!! 

Pastu aku bagitau la Kak ton yang Aizat jadi nak ikot kita pergi tasik . Aku seolah-olah macam tak percaya je mende nie . Tapiii . haha . Poyo je ayat . Aku memang NERVOUSSS kott nak pergi jumpa dia . Macam-macam aku duk pikir dalam kepala otak aku nie . Bese laa kann nak date mesti kene cantik-cantik . I mean tak perlu la melaram bagai . Simple sudahh . Aku just pakai simple je mase nak jumpe dengan dia kat tasik . Ala tasik je pon . Bukannye sunway pyramid ke ape . Tu laen citer .

Macam biasa mekap kene la pakai sikit kan . Kan nak jumpa dengan jejaka pujaan hati kalbu . hahahak *hempuk kepala* Time tu aku memang rushing sangat-sangat . Ya Allah ... sempat tak nie ?? Dah la nak amek si Kak ton lagi kat kolej . Bila aku dah siap ape semua . Aku dah nak pergi sangat-sangat dah nie sebab jam dah menunjukkan pukul 5.40 ~ time tu la si myra nak sapu-sapu eyeshadow bagai kat mata aku . Time tu la jugak dia nak betul-betul kan kening aku . Aku risau Aizat dah tunggu , Kak ton dah tunggu . Kedua-duanya penting bagi aku . hahahaha .

*Plizz laa sangat terserlah kepoyo-an mu*

Ok , aku pon pergi amek si Kak ton kat kolej . Aku harap hari nie semua nyer berjalan dengan lancar . Nerves kau nerves . Bila dah sampai kat tasik , aku cari-cari la mane batang hidung si rojakk nie . Tak nampak pon . Siyez , aku tak berani langsung nak pusing sana pusing sini cari macam orang hilang anak . Buat rilek sudaaa . Cool ~ Aku just nampak sipi jelaa . Yang duduk bawah pokok tu macam dia . Tapi aku tak berani nak pandang and aku buat-buat tak nampak . Aku cakap .. ah , kalau dia nampak aku .. dia panggil aku , baru aku pergi kat dia . Aku dengan Kak ton pon jalan la sampai kat kerusi kat depan tasik . Kitorang duduk kat situ . Sambil tu aku mesej dengan Aizat . Aku cakap mane awok nye ? Tak nampak pon . Dia ingat kan aku tak jadi datang tadi . Olorhhh ... ciannyer dia tunggu ite lame .

Sory la awok , ite amek Kak ton td . Camtu je aku balas mesej dia . Mane dia nie ?? Aku still tak nampak dia . Tadi aku rase macam dia je kat bawah pokok tadi . Maybe aku salah orang kot . Yang si Kak ton nie tak habis-habis kata nampak Iman . Padahal si rojakk tu datang sorang je . Mane datangnya Iman pon aku tak tahu . Dah nak dekat 6.20 nie .. mane Aizat nie ?? Tak jumpa-jumpa . Last-last dia kata dia ade kat tempat kayak . Hmmm ~ Aku dengan Kak ton pon pergi la kat tempat kayak dengan berjalan kaki . Ya Allah ... jaohnyerrr . Aku ingat dia tunggu kat taman tu . Rupanya kat kayak . Bila dah sampai kat tempat kayak , dia suwit kitorang . Baru la aku nampak dia . haha . Kak ton yang stat cakap dulu . Emm takpe ... bagi can , bagi can . Aku tengok dua orang nie ... bukan main lagi . Yelaaa korang kan sekelas . Memang la macam rapat . Aku nie yang baru nak mengenali isi hati jejaka tu .

Ceyyywahhh . Yer or or jerr .

 Ok , dah jumpa , kitorang bertiga , aku , Kak ton dengan Aizat berjalan laa kat tasik tu . Kitorang seolah-olah macam takde hala tuju . Siyez cakap . Selagi ade jalan , selagi tu kitorang jalan . Dah la Kak ton demam time tu . Selagi salah sorang tak duduk , maka semua tak duduk . Aku nie memang dah dupdapdupdap dah jantung . Dapat tengok muka dia ar . Dekat pulak tu . Ala cair ar . Hensem , tinggi , kurus , fullamak gua cakap lu . Kak ton cakap bila nak duduk nie ? Habis semua tak nak duduk ke ? Aku tau Kak ton penat . Mase tengah berjalan tu aku rase Kak ton saje bagi tinggal ruang tengah-tengah supaya aku berjalan sebelah Aizat . haha . Aku tau dah . Aku berjalan sebelah Aizat tapi dia duk sembang dengan Kak ton pasal kelas diorang . Ok , aku seolah-olah tidak wujud disitu sementara waktu . Saje je kan Aizat nie .

Diorang bertiga nie memang taknak duduk gamaknye . Diorang jalan ... jerrr ... hahaha . Last-last Kak ton pon duduk la kat bangku . Ade satu bangku situ . Kak ton duduk semua duduk . Ok , kat tengah-tengah tu sape nak duduk ?? Sah-sah la aku kan ? Sebelah Aizat . Molek laa ... sorang duk kanan , sorang duk kiri , tengah biar kosong . Memang aku laa yang jadi mangsa . Cover beb ! Cover !

Memang malu giler . Bile dah semua duduk . Semua diam . Bisu ke ape ? Ke masing-masing silent mode ? hahaha . Kitorang tengok ape yang ade kat sekeliling kitorang . Ramai pulak orang berjogging petang-petang camtu . Nasib baik takde muka-muka yang familiar . Takot la jugak kann . Tak pasal-pasal kantoi pulak nanti . Dah KONTROVERSI !!! Kite tak mau la kontroversi nie kann ... kite nak tingkatkan prestasi . Itu yang kite mahukan . Pandai la kauu kalau bercakap ! Puiii ~

Aizat ade la jugak tanye aku pasal esaimen ape semua . Pastu dia citer la yang dia jadi JPK kat kolej meranti and blablabla ... Sampai la 7.15 dah nak dekat magrib duk bersembang-sembang pastu Kak ton cakap jom la balik .. nanti mak marah balik lewat-lewat . Propa la si Kak ton nie . Baru je nak lepak sikit dengan rojakk . Haihh . Yelaa dah magrib kan ... mesti la Aizat nak pergi surau lagi walaupon tak pergi . Eh , ntah , mane tau . haha . Mandaiii je aku .

Bila dah semua bangun dari bangku nak beredar dari tempat tu ... kitorang pon jalan , jalan dan jalan . Kak ton duk layan whatssap kat tab dia tu . Aku yang berjalan berdua dengan Aizat di hadapan . Tinggal Kak ton di belakang . Ralik dengan tab dia tu . Mula-mula nak jalan sebelah Aizat segan , malu . Bila dah nak balik tu ... aik , makin dekat , dekat dan dekat lagi . Kalau mase datang tadi ade la jugak sikit ruang . Bile da balik dah takde ruang dah jalan sebelah dia .

Hamboihhh ! Bukan main lagi kauu yerrr . haha . 

Ala ... mula-mula je malu kannn . Biase la tu . Bile dah sampai kat tempat motor Kak ton suruh Aizat mintak aku suruh belanja la kononnye . Lepastu bila aku tanye nak ape , ehh ... dia malu-malu nak jawab . Tolak rezeki . Dia cakap lain kali la . Ok , aku pon lain kali jugak laa . Malu-malu sangat si rojak nie . Mintak jela kan . Bak kata Kak ton time nie la nak mintak . Hai , Kak ton pulak yang beriya . Lepastu kitorang pon mintak diri dulu ape semua .

OKEYY !! Hari tu aku rase macam WOW ~ gentleman sangat Amirul Aizat nie . Dia bagi respon yang sangat-sangat bagus . Aku pon tak expect mende nie terjadi . Aku tawakal je mase hari tu . Kalau ade rezeki ade lahh . Tapi first date dengan dia tu aku rase best sangat walaupon aku datang lewat . Sorry sangat-sangat Aizat . Harap awak tak marah . haha . Silap saya datang lewat . Kalau tak boleh lepak lama sikit . Boleh main kayak .

Semua tu dah tertulis . Tuhan yang aturkan semuanya . Tuhan yang aturkan pertemuan aku dengan Aizat . Apa yang berlaku pada hari tu semua perancangan Allah . Aku sebagai manusia hanya mengikut perancangan Allah . Mungkin dah tertulis pada hari tu aku akan berjumpa dengan Aizat dekat tasik seksyen 2 .

Nampak ?? Cantikkan perancangan Allah ? :)

Ape-ape pon aku nak say thanks banyak-banyak kat Aizat sebab sudi keluar dengan kitorang nie . Aku sangat-sangat appreciate dengan usaha dia yang keluar senyap-senyap . Member dia yang duduk kat meranti tu pon tak tahu ke mana Aizat menghilang pada waktu itu . haha . And thanks jugak kat Kak ton sebab tolong temankan aku pade mase tu . Orang biase keluar date berdua tapi aku bertiga . haha . Kak ton jugak laa merupakan orang tengah antara aku dengan Aizat . Thank you sis . I luv u .

***

Thursday, 18 July 2013

Kau manis Aizat ... aku pula dawai besi :)

Assalamulaikum :)

AMIRUL AIZAT :) sedap kan nama tu ?? Orangnye pon manis , hensem , semat , tinggi , kurus , macho , baik , peramah ... emmm banyak lagi lahh . hahaha . First time aku jumpe mamat bernama Amirul Aizat nie atau dikenali dengan panggilan rojakk atau ijat atau rojaie *macam-macam la nama* mase tu ... kemahiran insaniah atau KI . Mase KI tu aku tengok lelaki yang group dengan aku cuma 3 orang je . Amri budak fesyen , Azizi budak printing dan Aizat budak fine art (dye laa .. sape lagi ?? hahaha) Mase tu siyezly aku cakap aku tak pernah tengok muka mamat-mamat nie kecuali Amri budak fesyen tu . Mase KI ade la aku pandang Aizat , aku jeling dia sikit-sikit . Aku just cakap dalam hati ... "laa ... nie je ke budak laki ??" hmm TAK BEZ NYERR !! 

*tangan di dada mata ke atas* 

Tapi yang sebenarnya yang tu la aku duk angau sekarang nie kan ? haha . Aku pon tak tahu macam mane aku boleh tersuka , terminat kat Aizat nie . Padahal time KI tu boleh sangat aku nak tatap dia puas-puas . Sebab selama dua hari tu aku takde langsung fikir pasal Aizat sebab aku tak kenal lagi dia mase tu . Yang dalam otak aku nie hanye ade Rellye *kononnye la kannn* Kalau la aku minat dia dari awal ke .. dari sem lepas ke .. time KI aku dah boleh sembang dengan dia dah . Dah boleh lepak sama dah . Kan kita se group . Tulaaa ... Tuhan takmau pertemukan aku dengan dia awal-awal . Sebab ape ek ? 

Lepas dari KI tu , selang beberapa minggu tak silap aku , mase tu kelas prof. zul . Aku cakap kat ajwa yang aku suka la tengok budak lelaki tu . Aku tunjuk la kat ajwa mase tu . Dia cakap "Aizat ?" Yelaa ... Aizat la . Sebab sebelum tu , aku ade add dia kat fesbuk . Aku just cakap ow nie laa budak yang sama group dengan aku mase KI tu . Sebab tu la aku add dia . Lepas aku add ... aku stalker fb dia , tengok gambar dia ape semua . Ok laa . Boleh tahan la . Aku selalu like gambar dia , like status dia . Lama-lama tu entah macam mane boleh berkenan pulak kat dia . Mungkin Tuhan nak tunjukkan aku something or whatever la . 

Ha , mase kelas prof. zul tu aku citer la pasal Aizat nie kat ajwa . Citer punye citer aku pon cakap kat ajwa ape kata ko kirim salam kat dia . Cakap wany kirim salam . Ala ... yang sama KI tu . Senang ! haha . Ah ! Lantak lah , dia kenal ke tak kenal ke . Rase mesti kenal kottt . Kata KI sama kannn . Lepas ajwa kirim salam , aku nak tahu la kan ape respon dia . 

Nampaknyer dia bagi respon yang sangat-sangat baik . hahaha . Kirim salamku berbalas . Alhamdulillah . Aku siap tulis lagi kat wall ajwa 'perginya sabah datangnya terengganu , perginya grafik , datangnya fine art . tengs haira sampaikan salam' Aku tak tahu la kot-kot ke kan dia terbaca status yang aku tulis kat wall ajwa tu . Ya Allah ... malunyerrr . 

Ok , bila dah kirim salam ape semua ... aku rase ok la . Hati aku pon lega . So boleh la aku berkawan dengan dia . Nasib baik la dia tak sombong kan ? hmm . Lepas dah kirim salam tu , bila aku online fesbuk , aku ternampak dia online . Sebelum nie pon aku selalu nampak dia online . Dia memang kuat online fesbuk la . Pagi petang siang malam asyik ade je dia kat chatbox tu . Aku nie je yang tak berani nak tegur dia .

**MALUUU**

Satu hari tu aku ade lah terbuka chatbox dia kat aku punya fesbuk . Mase tu dia tengah online . Aku just bukak je chatbox dia tapi tak berani nak taip ape-ape . Dalam hati nie rase macam nak tegur tak , nak tegur tak . Lepastu pulak entah macam mane tangan si myra nie pergi gatal tertaip "fjhdfjhdf" kat chat Aizat . Aku pon ... ape lagiii ?? Weyyy ... giler ko !!! Bederau darah nie . Nasib baik takde heart attack . Giler la si myra nie ... kalau ikot kan hati nak je aku potong tangan dia . Aku sebenarnya marah dengan myra tapi dalam pada masa yang sama jugak aku berterima kasih kat dia . Sebab kalau dia tak buat macam tu kann sampai bila-bila pon aku tak berani nak tegur dia . Betol tak ? Betol tak ? 

Bila aku tengok chat dia "Amirul Aizat is typing..." wahhhh ... dia balas , dia balas . hahaha . Itu lah first chatting aku dengan Aizat . Aku pon dengan perasaan yang eksaited bercampur takot pon reply la chatting dia . hahaha . Lama-lama tu terjerumus la ke lembah berchating-chatting an . hahaha . Mase first-first chatting tu aku saje je buat-buat ade banyak keje . Padahal hati tu nak je chatting dengan dia lama-lama kan ?? Tapi aku bagi alasan konon-konon nak buat keje . puiiiii ~ lakauuu ~ haha . Lepastuh , terus angau . Tak habis-habis Amirul Aizat , Amirul Aizat , Amirul Aizat . Ye , aku suka sebut nama penuh dia daripada panggil Aizat , Aizat . Sebab nama dia cool sangat . Awww ~ ok laa ... excely panjang lagi citer aku dengan Amirul Aizat nie . Cukup sampai di sini dulu yer awak-awak semua . Bye . See you later :)

Wednesday, 17 July 2013

First time puasa di perantauan nie

Assalamualaikum :)

Macam tak caye kan ... cepat je mase berlau . Tau2 dah bulan puasa . Nie first time aku sambut bulan ramadan di perantauan . Kat mane lagi ... kat shah alam laa . Before this aku sambut bulan puasa kat rumah je dengan family . Tapi tahon nie ade perubahan cket . Dimana aku sambut bulan puasa dengan member2 aku kat umah sewa kitorang . Aku , myra , uyun , mai dengan qidah . Kitorang selalu pergi bazar kat seksyen 2 beli makanan . Kat situ bazar dye takde la panjang mane . Tapi boleh la ... macam-macam ade jual kat situ . 

Lagipon bazar tu sebelah kolej meranti . Hehehehe ... kolej meranti . Siapa ?? Aizat eak ? yupp ... dia laa . Sape lagi yang duk kat kolej tu kan . Mula-mula aku pergi kat bazar tu aku tak jumpa pon dia . Batang hidung dye pon aku tak nampak . Yang aku nampak first day aku pergi bazar tu ... aku nampak hafiz , anam dengan dayat . Aizat ... aku tak nampak lagi . Second day aku pergi pon still tak nampak dye . Tapi dalam hati nie berharap sangat kalau-kalau dapat jumpa dye . Tapiiii tetap tak jumpa jugak and hari seterusnya baru la aku terserempak dengan dye kat bazar . 

Mula-mula aku da nampak da dia keluar dari pintu pagar meranti dengan member-member dye . Aku konon-konon nak buat bagi dye tak nampak . Pastu bila da lame sikit ... aku ke hulu-hilir pusing-pusing cari makanan ... tuptup ... dye terpandang aku . Aku pon terpandang dye . Ke sama-sama terpandang ?? Entah ! Aku tak tahu sape pandang sape dulu yang pasti tu la first time aku terserempak dengan dye kat bazar seksyen 2 sebelah kolej meranti . Mula-mula Ajwa cakap dye terserempak dengan Aizat dulu . Aku pon cakap mane aciiii ... ko terserempak dengan dye . Aku pon nak jugakk . hahaha . Last-last dapat jugak . Biar la sekali ... at least dapat jugak kan daripada tak dapat langsung . Mase terserempak tu ... kitorang just senyum je . Lagipon dye nak cepat ... aku pon nak cepat . Dapat tengok senyuman sipi dye tu pon dah cukup laa . Kannnn ... hahahahak . Hari seterusnya aku dah tak terserempak dengan dye dah . Maybe aku yang lewat pergi bazar atau dye yang awal . Entah lahhhh .

Satu lagi ... kitorang pernah plan untuk bukak puasa ramai-ramai kat dataran shah alam . Nie semua idea daus . Dye yang beriya-riya ajak bukak puasa kat dataran . Dye cakap bez la ape la . Yer yer je daus nih . hahaha . Kitorang pon beli makanan siap-siap kat bazar . Pastu tunggu la dua orang mamat nie datang . Semua berkumpul kat umah sewa kitorang . Tapiiii uyun pulak takde . Time nie la dye keluar . Bile da semua kumpul ... kitorang pon gerak on the way pergi dataran . Nampak hujan renyai-renyai tapi kitorang memang saje nak ikut kan hati . Haaaaaa ... Bila dah sampai dataran , dah letak tikar ape semua ... hujan rintik-rintik ... hahaha ... dah agak da nie mesti nak hujan nie . So , kita ready-ready bla dari tempat tu . Last-last semua angkat kaki bla dari situ . Last-last berbuka kat depan rumah sewa kitorang je . hahaha . Lawak giler . Tu laa takyah la nak plan bagai kalau cuaca dah ngade-ngade nak hujan la . Hishhhhh ~

Aku , myra , mai , qidah , lily , nad , daus ngan abe ... kitorang 8 orang berbuka kat depan rumah . Sadis tak sadis . Habis nak buat camne ? Dah hujan . Tapi seronok la . Dah macam keluarga aku tengok . Myra dengan abe dah macam mak ayah aku tengok . hahaha . Walaupon tak dapat berbuka kat dataran tapi buka kat rumah pon ok ape kannn . Tapi bez lagi kalau ade tetamu istimewa Amirul Aizat . hahaha .

Friday, 17 May 2013

Someone yang pernah terpisah 3 tahun dahulu

Assalamualaikum :)

Apa yang aku rasa sekarang nie ? Aku rasa aku dah ANGAU kottt . hahaha ... ! Siyezly , sejak aku berjumpa balik dengan someone yang pernah aku kenal dulu , aku rasa dah macam orang sedang dilamun cinta . Dulu ... aku kenal someone nie kat laman sosial . Aku stat mesej dengan dia lama la jugak , berbulan-bulan kot sehingga laa kita rancang untuk berjumpa face to face . Dia sanggup datang tempat aku semata-semata nak berjumpa dengan aku . Fine , aku pon decide tempat dan waktu untuk kitorang berjumpa . Waktu tu aku lower six tahun 2010 . First time aku nak pergi jumpa dia tu ... takot and nervous tu memang ade laaa . Disebabkan takot dan nervous tu melanda diri aku ... aku pon ajak laa member aku Yati untuk temankan aku . Yelaaa mana berani aku pergi jumpa orang yang belum pernah jumpa sorang-sorang . Takot kot . Kitorang pon jumpa laa . Dia datang dengan kereta then bawak aku dengan Yati pergi minum . First time aku tengok dia ... dia memang muka baik and dia pon memang baik sebenarnya . Kitorang minum sambil berbual pastu kitorang jalan-jalan kat area tu jugak sebelum dia hantar aku dengan Yati balik . Perasaan aku masa tu memang suka . Lepas dari hari yang kitorang jumpa tu kitorang terus mesej sehingga la dia ajak berjumpa untuk kali kedua . For the second time pulak , dia nak jumpa aku lagi . Kali nie takde sape yang dapat temankan aku . So , terpaksa laa aku pergi jumpa dia sorang diri . Ala ... lagipon aku dah pernah jumpa dia kan . Perasaan takot tu dah kurang sikit la . Macam biasa , dia amek aku then dia bawak aku minum kat Teluk Chempedak . Sambil minum sambil bersembang . Tapi time tu tak lama sebab dia ade hal lepas tu .

Lepas minum je kitorang pon balik . Dia hantar aku . Waktu tu aku rasa sangat-sangat sedih sebab aku tak tahu bila pulak kitorang boleh jumpa . Time tu laa aku last jumpa dia . Aku dah stat ade hati kat dia mase tu . Bila dia cakap dia dah nak balik kat tempat dia belajar aku rasa sedih and down giler . Sebab aku takot dia lupakan aku . Walaupon dia da balik kat tempat dia study kitorang still lagi mesej . Mesej , mesej dan terus mesej . Mungkin disebabkan aku busy dengan stpm akhirnya kitorang diam . Aku diam dia pon diam . Takde langsong mesej dia yang manja-manja dengan aku macam selalu . Aku rindu nak kejutkan dia bangon sebab dia selalu pesan kat aku supaya kejutkan dia bangon tido . Time tu dia nak tengok bola .

AKU RINDUUUU DIA TERAMAT SANGAT !!

Aku simpan gambar dia dalam henfon aku . Tiap kali aku rindu kat dia aku tengok gambar dia . Pernah sekali tu aku nangis kott bila teringat saat-saat aku keluar dengan dengan dia . Aku pernah cakap kat diri aku kalau dia ade gf ke aku rasa ibarat sebuah batu besar jatuh hempap atas kepala aku . Lama-lama kitorang langsong tak contact tak apa . Aku ade add dia kat fb . Aku rase dia nie dah lupakan aku kot . Time aku add dia langsong tak perasan aku . TERASA giler kott . Tersentap sangat-sangat . Ya Allah ... ujian apakah ini . Aku try lawan aku punye perasaan nie . Lupakan dia  , lupakan dia . Finally , YES ! Aku dapat lupakan dia . Aku just go on macam biase . Langsong tak terfikir pasal dia . Dia pon dah takde dalam hidop aku . Aku busy dengan life aku . Nak amek stpm lagi . Macam-macam lagi lah . Bayangkan 3 tahun kot kitorang tak contact and rase macam dah tak kenal dah siapa dia . Dia tak kenal aku , aku pon tak kenal dia . Dalam tempoh tu kadang-kadang ade jugak aku stalker fb dia . Nak tahu apa yang dia buat . Nampak sangat aku caring lagi pasal dia . Aku tak kesah la tu . 

TAPIIIII ... sampai laa sekarang tahun 2013 , Tuhan mempertemukan kitorang semula . Dengan adenye application seperti watsapp , wechat , LINE blablabla . Mula-mula aku tak tahu kenapa tergerak hati aku untuk call dia bila aku pakai smartphone . Siyez , tangan nie gatal-gatal pergi tekan nombor dia . Call dia pagi-pagi buta . GILERR . Memang giler . Rupanya ade hikmah di sebalik kegatalan tangan aku pergi dial nombor dia . Akhirnya aku dan dia berjumpa semula di wechat . Mula-mula aku saje call dia . Konon nak menyamar la . Last-last kantoi . Dia kenal aku . Ya Allah ... terharunyerr bila ade orang ingat lagi kita . Kitorang mula mesej kat wechat . Dia betul-betul kenal aku . Dia cakap kita kan pernah jumpa . Of coz la kann . Aku pon still lagi ingat kat dia kott . 3 tahun kot . 3 tahun tak contact tiba-tiba boleh pulak tercontact kat wechat . Memang kalau jodoh tu tak kemana . 

Sekarang kitorang memang mesra . Aku happy sangat-sangat sebab kitorang dah kembali macam dulu . Macam 3 tahun yang lepas . Sekarang dia pon da lain , da ade kerja tetap . Aku happy sangat-sangat tengok dia dan yang paling best dapat wc dengan dia . First time kott . Nervoussss ~ Sekarang nie apa yang aku nak lakukan is aku nak amek hati dia , aku nak jaga hati dia , aku nak cuba menyayangi dia , aku nak ade dalam hati dia . Tu yang paling penting . Hati aku kuat mengatakan yang dia jodoh aku . Tapi Allah lebih mengetahui . Aku nak kan hubungan aku dengan dia nie bukan hubungan yang main-main . Aku nak hubungan yang serius dengan dia sehingga ke jinjang pelamin . Lagipon umur aku da semakin meningkat . Aku nak rancang hidop aku . Kalau aku nak bercinta pon bukan cinta monyet lagi dah macam time sekolah dulu-dulu .

AKU NAK SERIUS !!

Aku jelez tengok orang lain umur sebaya dengan aku tapi dah berumah tangga . Kalau jodoh aku ditakdirkan dengan dia aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dah mula jatuh cinta dengan dia . Cukup la aku pernah FRUST dengan dia sekali . Aku tak nak frust lagi untuk kali keduanya . Cukup la hati aku terseksa . Aku mengaku bila dia komen dengan perempuan dekat fb aku agak jelez . Yang kawan dia aku faham la ... yang nak berkenalan dengan dia tu aku tak berapa berkenan la . Sakit hati dan cemburu bila ade perempuan say hi kat dia , nak berkenalan dengan dia . Kuatkan laa hati aku nie Ya Allah .

Doaku hari ini ... semoga aku dan dia ade jodoh . Semoga Allah mempertemukan jodoh kami . Tu la orang cakap lari macam mana pon kalau seseorang tu jodoh kita dia pasti akan kembali ke kita semula . Sekarang nie pon masing-masing dah matured . Kita hanya berdoa dan serahkan pada Allah . Aku cuba untuk usahakan yang terbaik untuk aku dan untuk dia . Aku dapat rasakan yang dia boleh pimpin aku ke jalan yang diredai oleh Allah . Doakan kami bahagia dan hubungan kami kekal hingga ke syurga . Amin amin amin ya robal alamin :)

Friday, 3 May 2013

I miss Siti Hajar so much ... damn !

ASSALAMUALAIKUM AND HOLLA HOLLA HOLLA ...

sumpah , aku rindu kat kau siti hajar . dulu ... waktu sem 1 kau selalu dtg bilik aku , tido bilik aku , tido atas katil aku , selalu teman aku time buat esaimen . dulu ... kita selalu lepak sama2 , lepak kat seksyen 2 , pergi jalan sama2 , beli brg sama2 , buat mockup sama2 . banyak kott kenangan kita bersama . even waktu perkenalan kita amat singkat tapii kau memang bes lahhh , memang tempat aku story . kalau ade ape2 aku selalu story kat kau . kau memang seorang yg memahami . time aku gelak kau gelak . time kita susah , sama2 susah . aku ingat lagi time kita buat kerja En.Abu before assesment ... aku , mira dgn kau kita sama2 buat kerja kat bawah kat kolej seroja . dari pukul 11 malam hingga pukul 8 pagi kita buat punya buat ... tengok2 langit dah cerah . dah nampak matahari dah pon . waktu tu kita memang kelam kabut sangat2 . sem lepas aku rasa macam aku mempunyai sebuah keluarga yg sangat2 besar . means , aku ade roomate nad , roomate kau and roomate aku sendiri . tapiiii sejak masuk sem 2 nie aku rasa macam something lost . even aku ade mira nad and uyun tapii suasana dah tak macam dulu . sekarang semua dah berubah . roomate aku 3 orang dah pindah puncak alam , kau pon dah takde dgn kitorang . sedih :'( memang sedih . btw aku doakan semoga kau bahagia dengan pasangan hidup kau . cuba lahh jadi isteri yg solehah dan taat pada suami . semoga rezeki kau murah selepas berkahwin nie ... sabar dengan setiap dugaan yg datang . aminnn ~ mungkin jodoh kau dah sampai dulu dari aku kannn ... congratz ~ ape ape pon kalau ade rezeki aku nak sangat berjumpa dengan kau dan peluk kau sebab aku terlampau rindukan kau sangat sangat . Insyaallah ~ friend until jannah ♥ :)

ur sis : WANY VIVIAN ^^


Monday, 29 April 2013

Mimpi lagiiii

Assalamualaikum ...

Hari nie 29 hari bulan April 2012 aku telah bermimpi seseorang yang bernama Rellye bin Jamain atau dikenali dengan nama Ah yie . Lepas kelas , aku balik then aku tertido sampai la ke petang . Time aku tido tu ... aku rase aku berhadapan dengan budak-budak grafik puncak alam . Aku tercari-cari dimanakah wajah budak sabah yang ala-ala chinese look tuu . Entah kali ke berapa entah aku selalu mimpi dia . Dalam mimpi tu yang aku ingat aku dan Ah yie sedang rancak berbual mesra . Kitorang berbual sampai tak peduli apa yang berlaku di sekeliling kitorang . Rasa macam time tu bukan mimpi . Tapiiii realitinya ianya hanya sebuah MIMPI ! Siyez , aku rasa happy sangat-sangat bila Rellye yang pemalu jadi Rellye yang peramah , manja , nakal , gila-gila . Ya Allah ~ kalau laa mimpi aku tu boleh digambarkan macam mana keadaanya ...

Bila aku terbangun je dari tido , aku rasa macam nak menangis :"(  Sebab aku betul-betul ingat mende tu berlaku depan mata aku . Rupanyaaaaa mimpi . Sumpah ! Aku benci giler bila mimpi . Nampak sangat aku masih ada hati kat Rellye . Hati dan perasaan nie sebenarnya bukan aku yang control tapi mungkin Tuhan yang buat hati aku jadi macam nie . 

Sekarang aku hanya berdoa kalau aku betul-betul ikhlas dan suka kat dia aku harap jodoh dia dengan aku . Aku da tak tahu nak buat macam mana lagi . Mulut cakap lain tapi hati cakap lain . Bila aku tengok gambar dia kat fb dia aku rasa perasaan yang sangat-sangat lain . Before this aku tak pernah macam nie tapi bila Rellye ... entah laaa ~

soalan yang tidak pernah terjawab

Aku tak nak fikir apa yang berlaku antara aku dan dia sekarang . Biar laa masa depan yang menjawab segala soalan-soalan yang menjadi tanya antara kitorang . Ape pon biar Allah yang tentukan hubungan aku dengan dia . Aku redha je dengan ape yang terjadi . Kalau ade jodoh tu ade laa .

***

Kalau ditanya , aku suka kat dia ke sekarang nie ? Aku akan jawab , yup , aku masih suka kat dia seperti dulu .  Walaupon kitorang hanya sebagai kawan tapi aku rasa tu pon dah cukup bagi aku .

Cukup lahhh ... aku pon tak nak melalut lebih-lebih . Ini je yang aku mampu . Cukup , cukup , cukup !!!

Wednesday, 24 April 2013

I want U back :)

Hye ... we meet again . Actually kan dah lama aku tak update blog nie . hehehe ... biase laaa ~ jawapan paling senang nak bagi "BUZY" , haha . Dah tu memang hakikat aku sebagai seorang student art and design .

Sebenarnye banyak mende aku nak luahkan . First , aku dah luahkan separuh daripada tu kat member aku . Mira . haha . Now dia dah tahu macam mana perasaan aku sekarang . Apa yang aku rasa . Dia sorang yang aku percaya . That's why aku story kat dia . hoho . Ok , apa yang bermain kat kepala otak aku sekarang nie ... aku rase aku dah suka dengan 2 orang lelaki ! Opssss ~ kenapa ?? Ade yang tak kene ke dengan kata-kata aku tadi ? I mean 2 orang ?? Yeaaahhh ~ true . Memang betul . Nie bukan mimpi , nie bukan khayalan tapi nie adelah kenyataan yang pasti . Yang pasti sekarang nie hati aku terbuka untuk 2 orang jejaka . Aku pon tak tahu kenapa sebab bukan aku yang mintak semua nie . Mende nie berlaku dengan tibe-tibe dan aku pon tak nak mende nie berlaku .

Seriously sejak akhir-akhir nie aku rapat dengan someone nie ... emm rasenye tak perlu la mention nama dia kat sini . Nanti jadi isu pulak . Entah dia tahu ke tidak aku ade blog ... maybe dia tahu kot . Kitorang memang agak rapat . Aku tak tahu macam mana kitorang boleh jadi rapat . Yang pastinya bila aku dekat dengan dia aku rasa macam diri aku nie dilindungi . Means aku senang bila berkawan dengan dia . Aku ketawa dia pon ketawa . Even dia kata aku macam-macam .. itu la ini la ... aku sikit pon tak terasa dengan apa yang dia cakap tu . Kecik hati ke ... langsong tak . Apa yang dia kata tu nothing bagi aku . Siyezly , nie takde mengena dengan orang kat puncak alam or whatever . Puncak alam biar kan dia kat puncak alam . Sekarang shah alam punye citer . hoho . kontroversi nieyyyy .... !

Rellye ... nama yang selalu jugak aku sebut . Tapi aku rasa aku dengan dia macam nothing . Memang laa kitorang juz kawan je tak lebih . Tapi tengok laaa ... macam-macam aku buat untuk amek hati dia . Member aku ade cakap "ko takyah ar dengan rellye tu" . Aku rase ade betol jugak cakap member aku tu . Tapi aku dengan Rellye kawan je pon . Kalau ade jodoh ade laaa . Sekarang nie aku redha jelaaa . Aku dah malas laa nak macam dulu . Dulu aku agak eksaited bila nama Rellye disebut-sebut . But now aku biase-biase je . Nak eksaited pon macam nothing je , zero . Takde ape nak di-eksaitedkan . Just go on jelaa . Jodoh ... kita tak tahu kan . Maybe sekarang macam takde ape-ape berlaku antara aku dan dia . Mana laa tahu 2 or 3 tahon akan datang ke ? Pasal Stacy , Rashid or whatever lah .. tolak ketepi . Anggap mende tu small matter . Tak perlu difikirkan sangat . Tak kuase lahh aku nak melayan . Siyezly . I'm not childish . Kalau kau nak sekalipon Rellye tu amek la . Silakan ... aku tak kesah pon sebab dia tak jadi hak aku pon lagi . Lain la kalau Rellye tu suami aku ke kann ...

I think better aku suka dia diam-diam . If dia perasan aku suka dia , biarkan . Kalau dia betul-betul gentlemen lakukan apa yang sepatotnya lelaki buat . Kalau dia tak gentlemen ... aku tak tahu lah . It's up to him . Aku nak tengok jer dari jaoh ... sambil tengok dari jaoh sambil gelak-gelak . hahaha ... memang jahat sikit aku nie .

Shhh ... diammm ... saya suka awak sebenarnya . Tapi saya tak nak orang lain tahu . Biar saya , awak dan Tuhan je tahu . Even dia best friend kita sekalipon ... saya tak nak diorang tahu . Diam-diam sudaaa . Boleh awak jejaka yang sedang baca blog nie ?? Yer ... awak laaa ...

Kalau awak dapat baca isi hati saya ... cepat-cepat laa luahkan perasaan awak tu kat saya . Insyaallah saya boleh terima awak seadanya . Lepas nie saya dah tak nak memilih lagi dah . Saya rasa awak layak untuk saya . Ok :) jangan segan-segan nak luahkan segalanya pada saya tentang perasaan awak . Sebab hati saya dah terbuka untuk awak . Sebelum hati saya bergerak ke arah lelaki lain lebih baik awak BERTINDAK cepat . Assalamualaikum :)

Sunday, 7 April 2013

This is nothing to say

Assalamualaikum and hi to all readers :)

First sekali aku memang lama dah tak meng-update blog disebabkan terlalu buzy dengan esaimen . Biase laa bila sem 2 da stat nie macam-macam esaimen datang dalam hidup aku . Seriously , sem nie aku memang banyak sangat-sangat dugaan dan masalah . Macam-macam perkara yang berlaku . Tapi aku malas nak fikir . Arh ! Lantak laaaa ~ malas la aku nak fikir masalah-masalah nie semua . Itu semua godaan syaiton semata-mata . Yang penting sekarang aku da tak macam dulu lagi . hahaha ...

POYOSSSSS ~

Rellye , Rellye , Rellye ! Realitinya nama nie yang selalu disebut-sebut . hahahaha . Siapa yang menyebutnya ? Aku laaa ~ siapa lagi ??

Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?

Kenapa mesti ade orang yang nak ikut jejak langkah hati aku ? Means ?? Aku suka kat someone tu ... dia pon suka jugak kat someone tu . Rasanya tak perlu kot nak ikut aku bagai . Sejak aku tahu krisis nie ... mood aku terus down . U know down ??! Entah laa mungkin Tuhan tu nak uji aku kot

Thursday, 28 February 2013

Why single is better than couple ?

Assalamualaikum . haha and haha again ... ok dah diam ! lalalala ~ See ? Nampak sangat aku takde idea nak tulis ape sebenarnya . But I have a question here which is why single is better than couple ? *why so serious*

If korang single kann , tipu laa if korang tak rasa lonely or jelez kekadang bile tengok member2 yang dah couple . Mane taknye , yelaa ade orang take care , ade orang sayang , ade orang amik berat . Haha ... part nie sumpah tak ley blah .

Ok , tapi korang tahu ke single nie sebenarnye lagi BEST dari couple . Salah satu daripadanya Allah nak bagi kita SUPRISE ! yeahhh ! I love suprise . Haa ? Seriously ? *why so serious* 

***


1) Freedom

Orang single memang bebas . Nak pergi mane , nak buat ape takde orang nak halang . Can u imagine if bf/gf korang tu kaki mengongkong . Korang pergi mane2 semua dia nak tahu , korang tak rasa rimas ke ? Kalau aku laa kan ... eee ~ rimas . Ini tak boleh , itu tak boleh .

2) Time

Kalau single kita dapat chill out dengan kawan-kawan anytime . Kalau dah ada bf/gf , kita perlu spend time untuk diorang jugak . Ini benda biasa.  Kalau tak ready untuk spend time , baik tak payah couple . Bf/gf korang pun takkan sakit hati atau terasa kenapa korang boleh spend time berjam-jam dengan kawan-kawan korang , tapi nak spend masa sikit untuk diorang pun tak boleh .



3) Topup

Ini benda penting bila nak couple zaman sekarang . Ahaks ... sebab kalau takde kredit tak boleh laa message or call . Tapi nie biasa dilakukan time awal-awal couple je , kalau boleh tiap2 malam nak wish gudnite , tetiap pagi nak wish gud morning . Tapi bila dah lama2 message seminggu sekali pun belum tentu kot . Hahaha ... Tapi walaupun camtuh , orang single jugak yang jimat . Dia tak tahu nak call or message sape . Entah-entah 3 bulan sekali baru topup balik :D


4) Tension sebab gadoh

Bila single konfem laa muka asyik senyum je kan sebab takde nak fikir masalah yang tak penting . Single hati pon tenang . Tak tension2 . Takde adegan drama gaduh , baik , gaduh , baik , nangis , frust , nangis dan frust lagi . Kalau dapat bf/gf jenis sensitive lagi haru . Sikit2 nak merajuk , sikit2 nak marah . Lambat reply message sikit nak sentap . Kau pehal ?? Lol ~



5) Jealous

Orang single boleh berkawan dengan anyone , tak perlu risau ade orang nak jelez ke tak . Tapi orang dah couple pun boleh kawan dengan sesiapa je , cuma ade had . Nak rapat lebih2 , takut bf/gf jelez pulak , betol tak ? And lagi satu , lagi haru kalau dapat bf/gf jenis yang nak control setiap kawan korang . Nak kawan dengan kaum sejenis pun tak bagi . Choiii ~ mental ke ape ?


6) Problem

Orang single tak banyak masalah . Dan kalau dia ada masalah pun dia cuma akan focus pada masalah tu . Kalau couple nie , mengade-ngade nak complain problem kat bf/gf , kononnya nak minta sedikit semangat and dorongan untuk menghadapi masalah tuu . Haaa... dah kuar dah ayat aku yang tak boleh blah .
 
Orang couple nie selalu ada masalah hati . Asal gaduh je moody . Cepat sangat sensitive =.= tapi biaselah , itu adat bercinta . Nak bercinta tapi tak nak gaduh langsung pergi bercinta dengan troli supermarket Jusco laa . hahahaha ~


 7) Save money

Bila nak kuar dating mesti laa kena kuar duit sekali kan ? Nak makan , tengok wayang , shopping cikit ... couple dengan orang kaya pon kalau dikikis lama2 kering jugak . Hahaha ... kalau single , korang kuar jenjalan dengan best friend korang , tapi belanja sendiri2 . huahuahua ...

toink ! toink !

So itu jelaa yang aku tahu . Single is better . Memang la  kadang2 kita rasa sunyi , tapi kita masih ada best friend . Sementara masih bergelar teenagers nie , enjoy this life sebab lepas kahwin nanti takdenya boleh chill out , lepak2 jadi budak Pavi lagi . Opsss ...

Tapi jangan pulak lepas baca semua nie ade yang terus mintak clash dengan bf/gf sebab nak hidup single . Hahaha ... kalau korang dah sayang korang punya pasangan tu , go on jelaa . Takkan nak membujang sampai ke tua pulak kan . Haha ... ok aku dah takde idea .. cau cin cau .

P/S : Single is not a status . It is a word that best describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others 

Wednesday, 27 February 2013

H.I.M means he is mine :)

Annyeonghaseyo ... 안녕하세요 :)

Actually I've fallen in love with him Lee Min Ho


 사랑 해요


 saranghaeyo Lee Min Ho 


 I adore him . Why so serious ?


OPPA !!!! ~

  
Can you be my partner for dinner tonight ?
* wink wink * 

  
You have stolen my heart . DAMN !!! ~
  
오빠 , 난 당신이 너무보고 싶어요


I'm melting when look at you carrying the baby . Someday you become a father. I believe this .

너무 귀엽다


 훌륭한
I love him , oh ! yes I do . He's for me , NOT for you and if by chance you take my places , I'll take my fist and smash your face


Let it they want to say you plastic or whatever . The important thing I always love you oppa <3


 Whatever our souls are made of his and mine are the SAME


I'm not choose to fall in love with you , I just did it out of my control


Hey , I didn't really mean to interrupt your scrolling , I just wanted to say that you're handsome 


I fall for your smile :) every single time 

* Yeah , I know he's cute but he's MINE . You wanna touch him ? I'll kill you ! *

Tuesday, 26 February 2013

Stop dreaming wany vivian

Assalamualaikum si cantik & si kacak sekalian ...

Aku tak tahu kenape masa cepat sangat berlalu . Pejam celik pejam celik je ... cuti sem da nak abis . hurmm :( Tak larat laa aku nak kemas luggage aku tu . 

*cehhh ~ macam blaja oversea je* haha ~ 

Mood pon takde . Siyez , aku memang takde mood nak balik Shah Alam 3 hari bulan 3 nie . Aku takot nak stat sem 2 . Sebab aku dengar macam-macam , ade yang cakap sem 2 makin susah laa , hape laa . Hope takde laa rumors tu sume . Ya Allah ... rase nak nangis je . Allah je yang tahu hati aku really-really zero sekarang nie . 

NOTHING ! 

Kalau ikot kan hati memang tak nak balik lagi . Tapi at the same time aku miss laa dengan besties aku ~ Nad , Mira , Siti . Lame giler tak chill out ngan diorang . Rindu nak gadoh ngan diorang . Rindu nak maen tarik-tarik rambut dengan diorang . Always RINDU laa . Kan best kalau cuti dipanjangkan lagiii . Ohmaiiii ~ boleh ke ? haha . 
Please return my mood ! Where's my mood ? GOSH !! ~

.: I Love Walking In Rain Because Nobody Can See Me Crying :.

It's up to you

Assalamualaikum :)

Tak guna kalau korang pandai macam mana sekalipun tapi korang tak ada karisma dan keyakinan diri yang tinggi . Apa pulak kaitan dengan handsome dan smart ? Biasanya apabila korang dah ada 'self-confidence' dan karisma , aura korang akan nampak lebih bertenaga . Contohnya , cuba perhatikan kat shopping complex muka yang macho & baby face . Ramai je kan ? Tapi sayang sebab bila jalan pandang ke lantai je . Nampak sangat tak yakin diri tu terbaik .

RAMBUT
Kalau boleh cuba kurangkan pakai topi tak kena tempat . Asal keluar je mesti pakai topi . Takkan dalam bangunan pun nak pakai topi . Ke sebab malu badan tu gemuk ? Rilex bro . Kena berani sikit . Tuhan dah bagi rambut sebab itu perhiasan diri . Jadi cuba gayakan sikit rambut tu , pakai minyak rambut bila keluar , asalkan jangan nampak kering . Tak tahu nak buat style rambut yang sesuai ? Apa kata pergi salun , nanti amoi tu boleh buat rambut baik punya . Sebab tak semua jenis style rambut sesuai dengan muka korang . Dan kalau nak jugak tutup rambut tu , cuba tukar pakai snow cap . Barulah nampak stylo !

MUKA
Selalu masalah utama lelaki ni muka berminyak dan kering . Dahi tu dah jadi macam cermin dah bila muka berminyak . Cubalah cari pencuci muka yang sesuai dan lepas dah guna pencuci muka tu , gunakan pulak pelembap , baru kulit tu tak nampak kering yek . Kalau muka dah bersih , jangan pulak bila berjalan tu buat muka kerek nak bagi penumbuk free , relax ar . Kalau benci tengok muka orang pun , buat je muka poyo tak bersalah

PAKAIAN
Malu badan kurus sangat ? Perut ada poshbag ? Pehal ?? Kena tau pilih pakaian je . Kalau badan tu besar , lebihkan pakai banyak baju warna hitam untuk nampak lebih kurus dan baju cerah macam putih untuk nampak lebih berisi . Kalau minat baju berjalur , bagi yang badan besar ni kena pakai yang berjalur menegak , nanti baru nampak tinggi dan kurus macam buluh . Bagi yang kurus pulak pakai berjalur melintang . Konfem macho der ... Apapun , cuba jangan beli baju yang terlalu besar sampai menggelebeh . Kalau korang hip-hop tak pe jugak , ini dah la menggelebeh , lepas tu rambut skema je , memang nampak nerd ! So , cuba cari baju yang jarak antara lengan baju dengan siku ialah 3 jari .
 

SIKAP
Sikap ni paling penting . Tak guna kalau style dah ada , tapi perangai haram jadah kerek . Kalau dengan orang tak kenal takpe , ini kalau keluar dengan member sendiri pun perangai kerak sebab nak jaga market , sorilah der ... Gua pun rasa macam nak blah je ... Kau patut hidup sensorang je . So just cool , calm and rilek . Tak perlu nak menggelabah bajet diri tu artis , jadi diri sendiri je lagi baik . Cuba rasa enjoy hidup . Kalau hidup untuk mengurat je , menyesal nanti dah tua baru nak 'huha huha' . Apapun cuba kuatkan soft skill dalam diri tu . Macam mana cara yang betul bila bercakap . Ingat hukum karma , kalau kita hormat orang , orang akan hormat kita balik . Dan kalau kita tahikkan orang , orang akan tahikkan kita balik ... Apsal kita plak ? Korang laa ...

#Renung-renungkan dan selamat beramal :))

HANDSOME , COOL , GORGEOUS , MACHO , HOT & blablablabla ...


Lelaki kacak sering menjadi perhatian wanita ? Fakta atau Auta ?

*Pastinya fakta kan .


Secara logiknya , setiap wanita pasti akan tertarik pada kekacakkan seorang lelaki . Kalau auta tak mungkin pelakon dan selebriti yang kacak menjadi kegilaan ramai kan . Betul tak ?
Namun mungkin semua itu hanya dari pandangan mata kasar . Dan ia antara kriteria sampingan yang dicari oleh seorang wanita dalam diri seorang lelaki .
Bagi wanita apa yang penting adalah kriteria yang dapat memenuhi kehendak mata hati .
Pastinya perwatakan dan personaliti seorang lelaki yang menjadi pilihan utama untuk dijadikan calon suami .
Tak guna kalau muka sekacak Lee Minho tapi perangai macam setan . Kalau nak menderita bolehlah pilih yang macam setan . haha ~
Jadi kepada lelaki-lelaki yang tergolong dalam kategori kacak , pastikan perwatakan dan personaliti uolls tip top agar uolls mampu menjadi lelaki kacak idaman si dara jelita . (mak dara dan nenek dara pun akan jatuh hati kat uolls) kikikiki ~
Dan kepada sesiapa yang rasanya dirinya itu tidak tergolong dalam kategori kacak , i olls rasa uolls perlu pergi mandi dan sikat rambut dulu .
Yang pastinya setiap lelaki itu ada kekacakannya yang tersendiri.

***********************************************************************


Lelaki Kacak | Lelaki kacak ? Apa maksud sebenar lelaki kacak ? Apakah ciri-ciri seorang lelaki kacak ? Bagaimana untuk menilai seseorang lelaki itu kacak ? Segi paras rupa , perwatakan , cara lelaki itu berbicara atau dari segi dalamannya ?

madu2 ku sekalian ...

Bila disebut lelaki kacak , pasti dalam minda we olls dah tergambar seseorang yang tampan dan rupawan . Ecececeh ~ Terbayang-bayang wajah-wajah pelakon kacak seperti Lee Minho , Kim Hyun Joong , Lee Dong Wook , Choi Siwon dan Jang Geun Suk . Mungkin ada juga yang terbayangkan hidung mancung si hero hindustan (err...yang nie aku tak berapa minat . hahaha . sory) ataupun badan sasa seorang model yang mempunyai badan ketak-ketak macam Dennis Oh (perhhh~hensem kau) hahahaks ...



Namun adakah rupa paras yang tampan dan mempunyai badan idaman sudah cukup untuk menggelarkan atau melabelkan seseorang lelaki itu sebagai kacak ?
Bagaimana pula dengan lelaki yang memiliki suara yang menggoda dan romantis ? Bolehkah mereka turut digolongkan dalam kategori lelaki kacak ? Suara mereka pastinya boleh membuat seseorang wanita cair setiap kali mendengarnya kan . Melting ~


Ada juga yang menilai kekacakkan seorang lelaki dari personalitinya dan keperibadiannya . Seorang lelaki yang bertanggungjawab , menitikberatkan soal agama , berkerjaya dan mampu menjadi pembimbing juga dipandang kacak oleh kebanyakkan wanita masa kini .
Bagi aku , yang membuatkan seseorang lelaki itu kacak adalah keperibadiannya yang seringkali disenangi setiap individu yang mendampinginya . Elehhh ~ yelaa tu . hahahaks ~ Rupa paras seseorang pula adalah bonus untuk melengkapkan pakej seorang LELAKI KACAK .