Saya laa gadis bergigi besi tu ^_^

Wednesday, 20 February 2013

En. Jodoh Bin Takdir

Assalamualaikum :)



Surat tidak rasmi untuk awak .

ENCIK JODOH BIN TAKDIR
NO 26 , Jalan Hati-hati ,
Taman Kembang Kuncup ,
Negara Temu Jodoh .

20 Februari 2013 .

Salam awak ,

Malam nie saya tak dapat tido . Cik lena saya tak tahu pergi ke mana . Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak . Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak . Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis .

Awak , ini mengenai soal hati . Soal perasaan . Saya tak tahu bagaimana nak mulakan , tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak . Ada wajah awak . Ada tawa awak . Ada usikan awak . Ada 'gila-gila' awak . Pasti bahagia nanti kan ? Andai memang awak yang boleh merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak ?

Seabad lamanya , saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya . Saya tak terlalu kisah seperti sekarang ini . Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini . Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan , akhirnya menjadi agenda utama otak saya . Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama nie rupa-rupanya berada di depan mata saya . Sesuatu itu adalah awak . Gila , tapi cukup indah .

Bila awak ke utara dan saya ke selatan , saya pening kadangkala . Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman . Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit . Saya pasti masa itu kita sudah selari . 


Harapan saya , semoga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius . Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula-gula getah yang dicampak ke longkang . Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua .

Oleh itu , saya simpulkan dalam 3 patah perkataan : SAYA SAYANG AWAK .

Yang benar ,
Tulang rusuk awak sebelah lagi .

No comments:

Post a Comment