Sebenarnya aku masih rindu dengan segala kehidupan aku di Shah Alam (uitm) . Aku rindu ! rindu ! rindu ! dengan roomate aku yang semuanya gila-gila dan spoting . Apa pun yang aku buat mesti teringatkan kat kolej . Nak makan , nak tido , nak mandi , semuanya laa ... walaupon dah hampir sebulan aku berada di rumah tapi keadaan kat umah tak sama macam keadaan kat kolej . Pagi petang siang malam aku bersama-sama dengan roomate aku . Banyak kenangan kami lalui bersama . Pergi sunway piramid , times square , i-city , sacc mall , plaza alam sentral . Boleh katakan seluruh Shah Alam kitorang pergi pusing . hahaha ... Roomate aku yang paling bising dan paling happening . Bilik kitorang bernombor 1303 kolej seroja . Kitorang tak kesah pon ... janji kitorang tak kacau hidup korang . haha ... Macam tak percaya je sem 1 nie da abis . Cepatnye masa berlalu . 4 bulan je kita bersama . Rase macam tak cukup je 4 bulan tu . Kenapa laa masa tu bergerak ?? Kan bes kalau masa tu boleh berhenti sekejap . Kitorang selalu tengok movie sama-sama . Nak-nak time esaimen dah abis . Syokkk ! ~ tengok movie dalam gelap .. citer hantu . Feeling kot . Kadang-kadang kitorang selalu makeup kan muka rommate kitorang . Pas makeup , tangkap gambar , pose cute-cute . hahah ... memang keje gila . Tapi ... ade aku kesah ?
Last day exam . Semua muka happy :) |
Time makan pulak ... selalu bersama . Kalau rasa malas pergi seksyen 2 kitorang beli je makanan kat kafe . Walaupon tak sedap . Maggi jugak yang sedap . haha . Kitorang selalu jugak masak maggi dalam bilik . Lepastu makan beramai-ramai . Seronok ! Sambil makan sambil bercerita . Ade sampai tersedak lah , tercekik lah . Haaa ... kan dah kene . Bila mood rajin tu datang , baru laa kitorang makan kat seksyen 2 . Kat situ biasenye ade masakan panas je . Paling special ABC fredoo . Sebab ABC dia ade aiskrim pastu tinggi macam gunung kinabalu . Pastu ade buah ceri cket atas gunung . Nak makan pon sayang sebab cantik sangat . hahaha ... yolah tuuu ~ tapi kalau da stat makan ... hmm tak ingat dunia . kikiki ~ Dalam bilik kitorang nie ade macam-macam makanan . Biase laa bilik kitorang kan sebahagian kedai runcit . Masing-masing ade stok makanan sendiri sampai hujung sem . Klasss kau jemahhh ~ Tapi tu lah kan ? Sejak aku duk kolej nie aku asyik makan je . Member aku cakap untung laa kuat makan tapi badan tak naik-naik . Slim je ... hahaha ... aku pon taktau kenapa badan aku tak naik-naik walaupon seguni beras aku telan . Diorang cakap aku nie "membela" bela ape ntah ? Bela jin kott . Jin aladin . Bila digosok-gosok keluar dari teko . hahaha ...
Tanda persahabatan yang tiada penghujungnya |
Wany , Dora , Qin , Gie , Cha , Ira |
Time nak mandi je semua nak pergi bilik air sama-sama . Mandi pon sebelah sebelah . Boleh pulak tu kitorang karoke dalam tandas . Emm elok sangat lah tu . Yang sorang menyanyi yang sebelah tu tukang sambung lagu . Hancur lagu Muara Hati . Sebab lagu tu selalu jadi mangsa apabila kitorang berada di tandas sedang mandi . hahaha ... jahat tak kitorang ? :p sekali sekala je jahat ... bukan selalu . Biasanya aku lah orang paling lama mandi . Dari rumah bawak ke universiti . Lama betol duk dalam bilik air . Time nak tido pulak ... aku selalu jadi orang paling lewat tido dan paling lewat bangun . Sejak-sejak nak dekat final exam aritu dah beberapa hari aku tak tido langsong . Sampai katil aku jadi tempat letak barang . Bukan tempat tido . Dan tempat tido yang paling empuk sekali ialah atas lantai beralaskan simen . kahkahkah :D dah berminggu-minggu aku selalu tido atas lantai . Sampai member tanye tak sakit ke badan ? Tak pon . Sejuk . Bestttt !! Kadang-kadang aku suka tido bilik sebelah . Memandangkan katil bilik sebelah aku tu kosong . Tu lah port aku buat taik mata dengan air liur basi . hahahak ~ selamber ... Aku yang selalu dan suka tido lewat nie tak pernah tutup lampu kecuali kalau roomate aku suruh . Terpaksa lah kan . Nanti tak pasal-pasal terkena penyakit leukimia pulak . Aku sebenarnye agak penakut jugak laa ... nak tido mesti tak tutup lampu . Ala .. lagipun duit eletrik bukan aku yang kene bayar . So , buat pe tutup kan ? Biar jelaa ...
Semua berbaju kurung . Cantik kann ?? |
Bila nak dekat last paper , kitorang dah mula kemas barang . Tiket dah mula beli . Rumah sewa dah mula cari . Memang laa kitorang eksaited nak balik ke rumah idaman masing-masing tapi pada waktu yang sama jugak kitorang bersedih kerana terpaksa berpisah . Mana tak sedih , 3 orang roomate aku kene pindah Puncak Alam sem 2 . 3 orang lagi kekal kat Shah Alam . Tak dapat lah kita berkumpul macam selalu . hmmm :'( sedih ... memang sedih . Tinggal beberapa hari je nak tinggalkan kolej , kitorang tengok balik gambar waktu mula-mula orientasi dulu . Kakar . Memang klakar . Sweet pon ade . Dulu kurus sekarang berisi . Macam-macam lagi lah . Tapi sayang ... dalam fon aku tak banyak gambar . Dalam fon diorang banyak gambar dengan video . Tapiiiii yang paling best dan happeningnyer bila final exam dah abis . Kitorang abis last paper Art History pada 21 Januari 2013 pada jam 4.15 petang bertempat di kompleks sukan uitm shah alam . Masa tu mood happy tak terkata . Rasa nak lompat tinggi-tinggi setinggi KLCC . hahaha ... amek kauuu ! Masa tu kitorang bergambar sakan . Yelaaa ... last day dah kan . Giler kau tak bergambar . Rugi woo ~ Pada malam tu kitorang dah set dah untuk berjimba dan berenjoy sakan . Kitorang stat kuar pukul 9 malam dan pulang pada 9 pagi . Wahhhh ~ nie dah memang betol-betol enjoy nie . Malam tu kitorang pergi i-city . Jalan puas-puas , main puas-puas . Rasa macam tak nak balik je. Memandangkan pintu besar uitm tutup pada pukul 1 pagi , kitorang lepak dulu kat mc'd seksyen 2 . Kat situ kitorang record last wish from my roomate . Mood memang touching apabila roomate kitorang Cha membacakan kata-kata yang sweet kat kitorang . Time tu lah yang paling indah dan takkan aku lupakan sampai bila-bila . Aku takkan padam memori yang terindah bersama roomate aku yang aku dah anggap macam keluarga sendiri .... ^_^
.: 2 Sept 12 - 22 Jan 13 :.
♥ waktu perkenalan kita amat singkat . banyak suka & duka kita
lalui bersama . ape pun kita lakukan semuanya bersama . mandi , makan ,
tido , lepak , study , semuanya bersama . semoga persahabatan ini kekal
selama-lamanya forever & ever I LOVE U ALL SO MUCH ♥
No comments:
Post a Comment