Assalamualaikum :)
Tak guna kalau korang pandai macam mana sekalipun tapi korang tak ada karisma dan keyakinan diri yang tinggi . Apa pulak kaitan dengan handsome dan smart ? Biasanya apabila korang dah ada 'self-confidence' dan karisma , aura korang akan nampak lebih bertenaga . Contohnya , cuba perhatikan kat shopping complex muka yang macho & baby face . Ramai je kan ? Tapi sayang sebab bila jalan pandang ke lantai je . Nampak sangat tak yakin diri tu terbaik .
RAMBUT
Kalau boleh cuba kurangkan pakai topi tak kena tempat . Asal keluar je mesti pakai topi . Takkan dalam bangunan pun nak pakai topi . Ke sebab malu badan tu gemuk ? Rilex bro . Kena berani sikit . Tuhan dah bagi rambut sebab itu perhiasan diri . Jadi cuba gayakan sikit rambut tu , pakai minyak rambut bila keluar , asalkan jangan nampak kering . Tak tahu nak buat style rambut yang sesuai ? Apa kata pergi salun , nanti amoi tu boleh buat rambut baik punya . Sebab tak semua jenis style rambut sesuai dengan muka korang . Dan kalau nak jugak tutup rambut tu , cuba tukar pakai snow cap . Barulah nampak stylo !
MUKA
Selalu masalah utama lelaki ni muka berminyak dan kering . Dahi tu dah jadi macam cermin dah bila muka berminyak . Cubalah cari pencuci muka yang sesuai dan lepas dah guna pencuci muka tu , gunakan pulak pelembap , baru kulit tu tak nampak kering yek . Kalau muka dah bersih , jangan pulak bila berjalan tu buat muka kerek nak bagi penumbuk free , relax ar . Kalau benci tengok muka orang pun , buat je muka poyo tak bersalah
PAKAIAN
Malu badan kurus sangat ? Perut ada poshbag ? Pehal ?? Kena tau pilih pakaian je . Kalau badan tu besar , lebihkan pakai banyak baju warna hitam untuk nampak lebih kurus dan baju cerah macam putih untuk nampak lebih berisi . Kalau minat baju berjalur , bagi yang badan besar ni kena pakai yang berjalur menegak , nanti baru nampak tinggi dan kurus macam buluh . Bagi yang kurus pulak pakai berjalur melintang . Konfem macho der ... Apapun , cuba jangan beli baju yang terlalu besar sampai menggelebeh . Kalau korang hip-hop tak pe jugak , ini dah la menggelebeh , lepas tu rambut skema je , memang nampak nerd ! So , cuba cari baju yang jarak antara lengan baju dengan siku ialah 3 jari .
SIKAP
Sikap ni paling penting . Tak guna kalau style dah ada , tapi perangai haram jadah kerek . Kalau dengan orang tak kenal takpe , ini kalau keluar dengan member sendiri pun perangai kerak sebab nak jaga market , sorilah der ... Gua pun rasa macam nak blah je ... Kau patut hidup sensorang je . So just cool , calm and rilek . Tak perlu nak menggelabah bajet diri tu artis , jadi diri sendiri je lagi baik . Cuba rasa enjoy hidup . Kalau hidup untuk mengurat je , menyesal nanti dah tua baru nak 'huha huha' . Apapun cuba kuatkan soft skill dalam diri tu . Macam mana cara yang betul bila bercakap . Ingat hukum karma , kalau kita hormat orang , orang akan hormat kita balik . Dan kalau kita tahikkan orang , orang akan tahikkan kita balik ... Apsal kita plak ? Korang laa ...
#Renung-renungkan dan selamat beramal :))
No comments:
Post a Comment