Saya laa gadis bergigi besi tu ^_^

Sunday, 10 February 2013

Kemaruk dunia korea :)

Yeoja Sinbal 여자 신발 (girl shoes)

ntah lah ! mungkin terlalu banyak tengok citer Korea . tetibe aku dapat ilham untuk buat citer Korea . tapi pelakon ... hehehe ~ kita2 je .

PELAKON
Wany Vivian    - Park Shin Young
Woo Wei Yao - Kwon Ji Young
Chew Jia Jin - Choi Dong Woo
Chew Lik Chee - Kim Jae Hee
Lee Chee Onn - Lee Hee Jong

PELAKON PEMBANTU
Wong Mei Chin - Seo Sung Yeon
Lam Cai Cia - Shin Hyo Mi
Lim Cui Yu - Song Eun Yoo

IDEA ASAL , PENGARAH , PENERBIT
Nurul Syazwani

SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan percintaan antara Park Shin Young (Wany) dan Kwon Ji Young (Wei Yao) yang berbeza status , pangkat dan kemewahan . Park Shin Young adalah seorang pereka kasut yang berasal daripada keluarga yang sederhana . Kwon Ji Young pula adalah seorang bakal usahawan yang berjaya yang memiliki syarikat kapal milik keluarganya . Manakala Choi Dong Woo (Jia Jin) adalah sahabat Park Shin Young sejak kecil yang bersama-sama membuka sebuah kedai kasut . Choi Dong Woo juga merupakan pereka kasut seperti Park Shin Young . Mereka sering berkongsi idea untuk mereka bentuk kasut yang baru . Walaupun Park Shin Young hanya gadis biasa namun , dia mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi iaitu dia ingin menjadi pereka kasut yang terkenal suatu hari nanti . Suatu hari Park Shin Young dan Kwon Ji Young telah bertemu di sebuah hotel mewah di Seoul . Park Shin Young yang terburu-buru ingin menghantar pesanan kasut yang ditempah oleh pelanggannya terlanggar Kwon Ji Young yang sedang minum bersama 2 orang sahabat karibnya iaitu Kim Jae Hee (Lik Chee) dan Lee Hee Jong (Chee Onn) . Mereka bertiga memiliki teman wanita masing-masing . Song Eun Yoo (Cui Yu) adalah teman wanita kepada Kwon Ji Young manakala Seo Sung Yeon (Mei Chin) dan Shin Hyo Mi (Cai Cia) merupakan teman wanita kepada Kim Jae Hee dan Lee Hee Jong .

Choi Dong Woo yang merupakan sahabat Park Shin Young sewaktu kecil tatkala cemburu melihat Kwon Ji Young yang mula berbaik dengan Park Shin Young . Ini kerana Choi Dong Woo masih belum bersedia untuk menyatakan hasratnya pada Park Shin Young . Disebabkan Choi Dong Woo terlambat menyatakan hasratnya , Park Shin Young mula jatuh cinta dengan Kwon Ji Young walaupun lelaki itu sering menyakiti Park Shin Young . Choi Dong Woo menyesal kerana dia sudah terlambat untuk menyatakan hasrat hatinya pada Park Shin Young . Dengan semangat yang kuat Park Shin Young berjaya menjadi seorang pereka kasut yang terkenal di Seoul , Korea . Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh Park Shin Young dalam hidupnya . Akhirnya , Park Shin Young dan Kwon Ji Young berkahwin . Choi Dong Woo akhirnya memutuskan untuk pergi ke luar negara demi kerjayanya sebagai seorang pereka kasut yang berjaya di seluruh dunia . Saksikanlah drama yang penuh dengan cinta , komedi dan pengorbanan dalam YEOJA SINBAL .


 *nie laa poster yg aku buat sendiri . HAHA :D sindrom tengok drama korea punye pasal ...

No comments:

Post a Comment