Dear Hawa , actually ... uolls tahu tak lelaki nie macam mane sebenarnye ? Diorang nie sebenarnye ade 1001 secret yang kita tak tahu ... So , just quiet and continue reading :)
- Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik , tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu .
- Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka .
- Apa yang sedang awak lakukan ? atau awak dah makan ke belum ? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita .
- Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari , tetapi sebelum tidur , pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang .
- Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita , mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut .
- Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka .
- Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita .
- Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka .
- Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit , kemudian terus melupakan mereka .
- Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka , ini menunjukkan mereka benar-benar serius .
- Lelaki juga akan menangis .
- Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka , ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan .
- Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan .
- Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga .
- Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka .
- Apabila wanita menyatakan tidak , hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
- Lelaki amat sayang ibu mereka .
- Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros .
- Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia .
- Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya . Tetapi , pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama .
- Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka .
- Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka .
- Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki .
- Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita , mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai .
- Lelaki lebih banyak berfikir .
- Imaginasi lelaki tiada had . Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja .
- Ketinggian wanita adalah tidak penting , apa yang lebih penting adalah berat mereka .
- Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun .
- Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik .
- Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka .
- Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius , berikan perhatian yang sepenuhnya . Ia amat penting .
- Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak .
- Jangan sombong , kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda .
- Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman , bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca .
- Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan .
- Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua .
- Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada .
No comments:
Post a Comment