بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t
Cry . Sad . Tears . Bile aku bersendirian di atas tikar sejadah air mata yang jernih ini keluar dengan tiba-tiba . Why ? Kerana aku terkenangkan dosa-dosaku yang lalu dan aku adalah seorang manusia yang penuh dengan dosa . Setiap hari aku mengadu pada yang Maha Esa agar Dia mengampunkan dosa-dosaku yang tak terkira . Kadang-kadang aku baru terfikir ~ dunia ini hanya sementara tapi kenapa umat manusia menganggap dunia kekal abadi ? Itu laa namanya godaan . Syaitan dan iblis sentiasa menggoda manusia dengan cara apa sekalipon . Ya Allah sesungguhnya Kau Tuhan yang Maha Pengampun Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu . Bersihkanlah hatiku ini . Semoga aku sentiasa bersangka baik terhadapMu Ya Allah . Berilah aku petunjukMu Ya Allah . Tunjukkanlah aku jalan yang lurus . Hanya Kau saja tempat aku mengadu Ya Allah . Biarlah air mata aku ini kehabisan menangis untukMu Ya Allah kerana segala milikku adalah milikMu yang sebenar-benarnya . TanpaMu juga aku takkan berada di bumi ini . Aku bersyukur sangat-sangat Ya Allah kerana Kau telah memberi aku peluang untuk melihat dunia ciptaanMu yang begitu indah sekali . Ya Allah , Kau berikanlah aku yang terbaik di akhirat kelak . Jadikan aku salah seorang penghuni syurga . Tetapkanlah keimananku dan janganlah Kau pesongkan aku Ya Allah . I'm proud to be a muslim and thanks to Allah for everything .
No comments:
Post a Comment