Saya laa gadis bergigi besi tu ^_^

Sunday, 21 July 2013

Pengalaman berkenalan dengan lelaki

Assalamualaikum :)

Pengalaman aku berkenalan dengan lelaki memang banyak laa . Tapi pengalaman tu yang mengajar kita sebenarnya kan ?

Rellye dengan Aizat

Dua-dua memiliki sikap yang sangat berbeza . Aku tak nak samakan diorang . Masing-masing ade cara masing-masing . Rellye dengan cara dia . Aizat pulak dengan cara dia . Proses atau cara aku berkenalan dengan diorang pon lain . First aku tengok Rellye mase time kesatria . Kalau Aizat nie pulak time kemahiran insaniah . 

Rellye nie kalau kite tengok dia dalam kategori lelaki yang sopan . Maksud aku bukan laa aku nak cakap yang Aizat nie tak sopan . Cuma Rellye nie dia agak pasif , agak pendiam sikit berbanding Aizat yang suka huha-huha . Aizat pon ade jugak perasaan malu dengan perempuan . Dengan aku pon dia sopan .

Kalau kite tengok penampilan Rellye macam budak baik , penampilan Aizat pulak macam budak rempit , kaki motor . Satu jelaa aku nak cakap kat sini ... 

Don't judge a book by its cover

Penampilan luaran tak semestinya melambangkan sikap seseorang tu . Tak semestinya Aizat dress up macam tu ... ow nak cakap dia yang kaki motor , mat rempit . Plizzz laa ... open your mind . Jangan cepat judge seseorang tu . Ade jer orang yang dress up kemas , sopan tapi jahatnyer mashaallah ...

Waktu dengan Rellye dulu mase aku cakap aku nak berkawan dengan dia ... so far ok laa . Dia bagi respon yang baik . Dia nak jugak berkawan dengan aku . At least ade feedback laa kan . Macam tu jugak dengan Aizat . Bermula dari kirim salam dan sampai laa hari ini aku still berkawan dengan dia . Dua-dua bagi respon yang sangat baik bila aku cakap aku nak berkawan dengan diorang . Alhamdulillah :)

Bukan nak kata laa ... tapi aku tengok Aizat lebih appreciate aku berbanding Rellye . Aku tak cakap yang Rellye tak appreciate aku ke ape . Tapi tak sampai tahap 100 peratus . Lain dengan Aizat , bila aku ajak Aizat keluar ... ok , dia pon nak keluar . Pergi minum ke ... Tapi bila aku ajak Rellye study sama-sama aku masih nampak kejanggalan dia bila dengan perempuan . Rellye nie hanya berani bila di facebook sahaja . Bila aku chatting dengan dia ... seolah-olah kita dah kenal lama . Tapi bila dia di luar perasaan malu tu masih melekat pada dirinya . Aizat nie malu-malu jugak tapi at least dia takde perbezaan dalam facebook dengan luaran . Kalau chatting dengan dia ... macam mane dia kat luar macam tu jugak dia kat dalam facebook . Dia just jadi diri dia .

 Aku sebenarnya tak nak bandingkan sape-sape . Dua-dua aku kenal , dua-dua baik . Dua-dua pon ok .
 

Doa mendekatkan kami yang berjauhan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

" Ya Allah ... Aku mohon padamu Ya Allah Kau permudahkanlah hubungan aku dengan jejaka yang telah mengetuk pintu hatiku pada saat ini iaitu Amirul Aizat . Jika dialah jodoh aku Kau aturkanlah hidup aku dan dia dengan baik . Sesungguhnya perancanganMu itu lebih baik . Jika itu yang terbaik , hamba sebagai manusia hanya mengikuti perancanganMu . Kau bukakanlah pintu hati dia supaya ada sedikit ruang untuk aku Ya Allah . Supaya dia dapat terima aku Ya Allah . Aku mohon padaMu Ya Allah supaya Kau sentiasa melindungi Amirul Aizat dimana pon dia berada , apa pon yang dia lakukan , Kau lindungilah dia . Berilah kebahagiaan kepadanya di dunia dan akhirat . Murahkanlah rezekinya . Bukakanlah pintu rezekinya seluas-luas pintu syurga . Bersihkanlah hatinya serta kuatkanlah imannya . Semoga dia sentiasa menjalankan perintahMu Ya Allah . Jika dia benar-benar jodohku , Kau kuatkan perasaan ini Ya Allah . Satukanlah hati kami . Semoga dia juga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya . Aku gembira melihat dia bahagia Ya Allah . Semoga hubungan persahabatan yang terjalin antara aku dan dia berkekalan sehingga ke jinjang pelamin . Aku juga berharap semoga kami akan dapat berjumpa lagi pada sem depan . Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya Kau Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani . Perkenankanlah doaku Ya Allah . Amin amin Ya Robal Alamin "

*Aku sangat bersyukur dapat mengenali dirinya dan terima kasih kerana telah mempertemukan kami* 

 

Dia ... Ainan Tasneem :)

Assalamualaikum :)

Semenjak dua menjak nie kan tak tahu kenapa dan mengapa aku suka betul tengok Ainan Tasneem . Dia nie memang agak lawa jugak berbanding Najwa Latiff . Umur Ainan Tasneem nie pon sebaya dengan aku . Tapi tak sangka laa dia boleh femes sampai tahap nie . Padahal artis youtube je pon . Tengok , artis youtube pon boleh cipta nama . Tak payah nak masuk akademi fantasia bagaii .

Aku lihat dia disana ...
Cantik kann ? Aku suka tengok cara dia bertudung . Style dia memang cantik , elegen , ranggi . Dia pandai berfesyen .












Aku nie sebenarnye bukan penggemar lagu-lagu melayu . Ape lagi lagu-lagu macam najwa latiff , lagu ainan tasneem pon aku tak berapa minat sebenarnye . Tapi disebabkan aku hanya ingin melihat dia dalam video klip lagu 150 juta . Sebab tu aku dengar lagu tu . Not bad . Patot la ramai yang suka . Aku suka tengok video lagu 'Kamu Saja' sebab jalan citer dalam video klip tu romantik sangat . Macam ade kene mengena dengan aku sikit . Sikit je ... tak banyak pon .

Lagi satu ... style dia ade iras-iras style aku la . Aku baru perasan . Cara dia pakai tudung memang sebijik macam aku . Siyezly , aku tak pernah tiru dia sebab before this aku memang tak care langsung dengan artis melayu nie ape lagi artis youtube . Aku just kenal nama ... ow Ainan Tasneem . Tapi orangnya aku tak berapa kenal sangat . Cuma akhir-akhir nie jer aku google pasal dia .

'tapi dia nangis tonton cerita korea' ... aku suka lirik yang nie :)

Friday, 19 July 2013

First date

Assalamualaikum :)

Aku ingat lagi mase first date aku dengan Aizat kat tasik seksyen 2 . hahaha . Mula-mula macam nie citer dye . Sehari sebelum aku keluar date tu , aku ade chatting dengan Aizat kat fb . Kak ton (bukan nama sebenar) cakap ... ajak la Aizat keluar . So , aku pon memberanikan diri berchatting dengan dia dan mengajak dia untuk keluar . Mula-mula dia cakap ok , tengok la , nanti dia akan bagitau semula . Pape hal dia akan mesej . Aku pon ok jela . Tak cakap ape . Aku memang tawakal laa dengan jawapan dia esok . Kalau ade , ade laa . Camtu je style aku .

Pastu keesokannya , petang tu ... aku ade online fb laa dalam pukul 4 petang camtu . Aku tengok dia pon online . Aku macam tak percaya je dengan Aizat nie . Yer yer je kata nak pergi . Last-last dia tegur aku kat fb . Dia cakap jadi tak pergi tasik ? Wahhh !! Giler laaa ... dia tanye kott . Mase tu aku memang dah eksaited giler dahh . Kalau ade tasik depan aku tu ... time tu jugak aku rase macam nak terjun tasik . Tak sangka kan ? Memang tak sangka . Pastu aku pon reply la . Aku cakap yang aku nak keluar pergi tasik dengan Kak ton ape semua . Pastu tuptup dia bagi nombor tepon dia kauuuuuu . hoho ~ engkauuu hadooo ?? haha . Perghhh ... siap bagi nombor bagai . Aku punya la ingat mamat nie main-main . Sekali siap bagi nombor tuuu . Belom pape lagi . Aku pon tak sempat mintak lagi tu . Bila da ade nombor dia , aku pon miskol . Gilerrrr AKU ADE NOMBOR AMIRUL AIZAT LAAAA ... !!! 

Pastu aku bagitau la Kak ton yang Aizat jadi nak ikot kita pergi tasik . Aku seolah-olah macam tak percaya je mende nie . Tapiii . haha . Poyo je ayat . Aku memang NERVOUSSS kott nak pergi jumpa dia . Macam-macam aku duk pikir dalam kepala otak aku nie . Bese laa kann nak date mesti kene cantik-cantik . I mean tak perlu la melaram bagai . Simple sudahh . Aku just pakai simple je mase nak jumpe dengan dia kat tasik . Ala tasik je pon . Bukannye sunway pyramid ke ape . Tu laen citer .

Macam biasa mekap kene la pakai sikit kan . Kan nak jumpa dengan jejaka pujaan hati kalbu . hahahak *hempuk kepala* Time tu aku memang rushing sangat-sangat . Ya Allah ... sempat tak nie ?? Dah la nak amek si Kak ton lagi kat kolej . Bila aku dah siap ape semua . Aku dah nak pergi sangat-sangat dah nie sebab jam dah menunjukkan pukul 5.40 ~ time tu la si myra nak sapu-sapu eyeshadow bagai kat mata aku . Time tu la jugak dia nak betul-betul kan kening aku . Aku risau Aizat dah tunggu , Kak ton dah tunggu . Kedua-duanya penting bagi aku . hahahaha .

*Plizz laa sangat terserlah kepoyo-an mu*

Ok , aku pon pergi amek si Kak ton kat kolej . Aku harap hari nie semua nyer berjalan dengan lancar . Nerves kau nerves . Bila dah sampai kat tasik , aku cari-cari la mane batang hidung si rojakk nie . Tak nampak pon . Siyez , aku tak berani langsung nak pusing sana pusing sini cari macam orang hilang anak . Buat rilek sudaaa . Cool ~ Aku just nampak sipi jelaa . Yang duduk bawah pokok tu macam dia . Tapi aku tak berani nak pandang and aku buat-buat tak nampak . Aku cakap .. ah , kalau dia nampak aku .. dia panggil aku , baru aku pergi kat dia . Aku dengan Kak ton pon jalan la sampai kat kerusi kat depan tasik . Kitorang duduk kat situ . Sambil tu aku mesej dengan Aizat . Aku cakap mane awok nye ? Tak nampak pon . Dia ingat kan aku tak jadi datang tadi . Olorhhh ... ciannyer dia tunggu ite lame .

Sory la awok , ite amek Kak ton td . Camtu je aku balas mesej dia . Mane dia nie ?? Aku still tak nampak dia . Tadi aku rase macam dia je kat bawah pokok tadi . Maybe aku salah orang kot . Yang si Kak ton nie tak habis-habis kata nampak Iman . Padahal si rojakk tu datang sorang je . Mane datangnya Iman pon aku tak tahu . Dah nak dekat 6.20 nie .. mane Aizat nie ?? Tak jumpa-jumpa . Last-last dia kata dia ade kat tempat kayak . Hmmm ~ Aku dengan Kak ton pon pergi la kat tempat kayak dengan berjalan kaki . Ya Allah ... jaohnyerrr . Aku ingat dia tunggu kat taman tu . Rupanya kat kayak . Bila dah sampai kat tempat kayak , dia suwit kitorang . Baru la aku nampak dia . haha . Kak ton yang stat cakap dulu . Emm takpe ... bagi can , bagi can . Aku tengok dua orang nie ... bukan main lagi . Yelaaa korang kan sekelas . Memang la macam rapat . Aku nie yang baru nak mengenali isi hati jejaka tu .

Ceyyywahhh . Yer or or jerr .

 Ok , dah jumpa , kitorang bertiga , aku , Kak ton dengan Aizat berjalan laa kat tasik tu . Kitorang seolah-olah macam takde hala tuju . Siyez cakap . Selagi ade jalan , selagi tu kitorang jalan . Dah la Kak ton demam time tu . Selagi salah sorang tak duduk , maka semua tak duduk . Aku nie memang dah dupdapdupdap dah jantung . Dapat tengok muka dia ar . Dekat pulak tu . Ala cair ar . Hensem , tinggi , kurus , fullamak gua cakap lu . Kak ton cakap bila nak duduk nie ? Habis semua tak nak duduk ke ? Aku tau Kak ton penat . Mase tengah berjalan tu aku rase Kak ton saje bagi tinggal ruang tengah-tengah supaya aku berjalan sebelah Aizat . haha . Aku tau dah . Aku berjalan sebelah Aizat tapi dia duk sembang dengan Kak ton pasal kelas diorang . Ok , aku seolah-olah tidak wujud disitu sementara waktu . Saje je kan Aizat nie .

Diorang bertiga nie memang taknak duduk gamaknye . Diorang jalan ... jerrr ... hahaha . Last-last Kak ton pon duduk la kat bangku . Ade satu bangku situ . Kak ton duduk semua duduk . Ok , kat tengah-tengah tu sape nak duduk ?? Sah-sah la aku kan ? Sebelah Aizat . Molek laa ... sorang duk kanan , sorang duk kiri , tengah biar kosong . Memang aku laa yang jadi mangsa . Cover beb ! Cover !

Memang malu giler . Bile dah semua duduk . Semua diam . Bisu ke ape ? Ke masing-masing silent mode ? hahaha . Kitorang tengok ape yang ade kat sekeliling kitorang . Ramai pulak orang berjogging petang-petang camtu . Nasib baik takde muka-muka yang familiar . Takot la jugak kann . Tak pasal-pasal kantoi pulak nanti . Dah KONTROVERSI !!! Kite tak mau la kontroversi nie kann ... kite nak tingkatkan prestasi . Itu yang kite mahukan . Pandai la kauu kalau bercakap ! Puiii ~

Aizat ade la jugak tanye aku pasal esaimen ape semua . Pastu dia citer la yang dia jadi JPK kat kolej meranti and blablabla ... Sampai la 7.15 dah nak dekat magrib duk bersembang-sembang pastu Kak ton cakap jom la balik .. nanti mak marah balik lewat-lewat . Propa la si Kak ton nie . Baru je nak lepak sikit dengan rojakk . Haihh . Yelaa dah magrib kan ... mesti la Aizat nak pergi surau lagi walaupon tak pergi . Eh , ntah , mane tau . haha . Mandaiii je aku .

Bila dah semua bangun dari bangku nak beredar dari tempat tu ... kitorang pon jalan , jalan dan jalan . Kak ton duk layan whatssap kat tab dia tu . Aku yang berjalan berdua dengan Aizat di hadapan . Tinggal Kak ton di belakang . Ralik dengan tab dia tu . Mula-mula nak jalan sebelah Aizat segan , malu . Bila dah nak balik tu ... aik , makin dekat , dekat dan dekat lagi . Kalau mase datang tadi ade la jugak sikit ruang . Bile da balik dah takde ruang dah jalan sebelah dia .

Hamboihhh ! Bukan main lagi kauu yerrr . haha . 

Ala ... mula-mula je malu kannn . Biase la tu . Bile dah sampai kat tempat motor Kak ton suruh Aizat mintak aku suruh belanja la kononnye . Lepastu bila aku tanye nak ape , ehh ... dia malu-malu nak jawab . Tolak rezeki . Dia cakap lain kali la . Ok , aku pon lain kali jugak laa . Malu-malu sangat si rojak nie . Mintak jela kan . Bak kata Kak ton time nie la nak mintak . Hai , Kak ton pulak yang beriya . Lepastu kitorang pon mintak diri dulu ape semua .

OKEYY !! Hari tu aku rase macam WOW ~ gentleman sangat Amirul Aizat nie . Dia bagi respon yang sangat-sangat bagus . Aku pon tak expect mende nie terjadi . Aku tawakal je mase hari tu . Kalau ade rezeki ade lahh . Tapi first date dengan dia tu aku rase best sangat walaupon aku datang lewat . Sorry sangat-sangat Aizat . Harap awak tak marah . haha . Silap saya datang lewat . Kalau tak boleh lepak lama sikit . Boleh main kayak .

Semua tu dah tertulis . Tuhan yang aturkan semuanya . Tuhan yang aturkan pertemuan aku dengan Aizat . Apa yang berlaku pada hari tu semua perancangan Allah . Aku sebagai manusia hanya mengikut perancangan Allah . Mungkin dah tertulis pada hari tu aku akan berjumpa dengan Aizat dekat tasik seksyen 2 .

Nampak ?? Cantikkan perancangan Allah ? :)

Ape-ape pon aku nak say thanks banyak-banyak kat Aizat sebab sudi keluar dengan kitorang nie . Aku sangat-sangat appreciate dengan usaha dia yang keluar senyap-senyap . Member dia yang duduk kat meranti tu pon tak tahu ke mana Aizat menghilang pada waktu itu . haha . And thanks jugak kat Kak ton sebab tolong temankan aku pade mase tu . Orang biase keluar date berdua tapi aku bertiga . haha . Kak ton jugak laa merupakan orang tengah antara aku dengan Aizat . Thank you sis . I luv u .

***

Thursday, 18 July 2013

Kau manis Aizat ... aku pula dawai besi :)

Assalamulaikum :)

AMIRUL AIZAT :) sedap kan nama tu ?? Orangnye pon manis , hensem , semat , tinggi , kurus , macho , baik , peramah ... emmm banyak lagi lahh . hahaha . First time aku jumpe mamat bernama Amirul Aizat nie atau dikenali dengan panggilan rojakk atau ijat atau rojaie *macam-macam la nama* mase tu ... kemahiran insaniah atau KI . Mase KI tu aku tengok lelaki yang group dengan aku cuma 3 orang je . Amri budak fesyen , Azizi budak printing dan Aizat budak fine art (dye laa .. sape lagi ?? hahaha) Mase tu siyezly aku cakap aku tak pernah tengok muka mamat-mamat nie kecuali Amri budak fesyen tu . Mase KI ade la aku pandang Aizat , aku jeling dia sikit-sikit . Aku just cakap dalam hati ... "laa ... nie je ke budak laki ??" hmm TAK BEZ NYERR !! 

*tangan di dada mata ke atas* 

Tapi yang sebenarnya yang tu la aku duk angau sekarang nie kan ? haha . Aku pon tak tahu macam mane aku boleh tersuka , terminat kat Aizat nie . Padahal time KI tu boleh sangat aku nak tatap dia puas-puas . Sebab selama dua hari tu aku takde langsung fikir pasal Aizat sebab aku tak kenal lagi dia mase tu . Yang dalam otak aku nie hanye ade Rellye *kononnye la kannn* Kalau la aku minat dia dari awal ke .. dari sem lepas ke .. time KI aku dah boleh sembang dengan dia dah . Dah boleh lepak sama dah . Kan kita se group . Tulaaa ... Tuhan takmau pertemukan aku dengan dia awal-awal . Sebab ape ek ? 

Lepas dari KI tu , selang beberapa minggu tak silap aku , mase tu kelas prof. zul . Aku cakap kat ajwa yang aku suka la tengok budak lelaki tu . Aku tunjuk la kat ajwa mase tu . Dia cakap "Aizat ?" Yelaa ... Aizat la . Sebab sebelum tu , aku ade add dia kat fesbuk . Aku just cakap ow nie laa budak yang sama group dengan aku mase KI tu . Sebab tu la aku add dia . Lepas aku add ... aku stalker fb dia , tengok gambar dia ape semua . Ok laa . Boleh tahan la . Aku selalu like gambar dia , like status dia . Lama-lama tu entah macam mane boleh berkenan pulak kat dia . Mungkin Tuhan nak tunjukkan aku something or whatever la . 

Ha , mase kelas prof. zul tu aku citer la pasal Aizat nie kat ajwa . Citer punye citer aku pon cakap kat ajwa ape kata ko kirim salam kat dia . Cakap wany kirim salam . Ala ... yang sama KI tu . Senang ! haha . Ah ! Lantak lah , dia kenal ke tak kenal ke . Rase mesti kenal kottt . Kata KI sama kannn . Lepas ajwa kirim salam , aku nak tahu la kan ape respon dia . 

Nampaknyer dia bagi respon yang sangat-sangat baik . hahaha . Kirim salamku berbalas . Alhamdulillah . Aku siap tulis lagi kat wall ajwa 'perginya sabah datangnya terengganu , perginya grafik , datangnya fine art . tengs haira sampaikan salam' Aku tak tahu la kot-kot ke kan dia terbaca status yang aku tulis kat wall ajwa tu . Ya Allah ... malunyerrr . 

Ok , bila dah kirim salam ape semua ... aku rase ok la . Hati aku pon lega . So boleh la aku berkawan dengan dia . Nasib baik la dia tak sombong kan ? hmm . Lepas dah kirim salam tu , bila aku online fesbuk , aku ternampak dia online . Sebelum nie pon aku selalu nampak dia online . Dia memang kuat online fesbuk la . Pagi petang siang malam asyik ade je dia kat chatbox tu . Aku nie je yang tak berani nak tegur dia .

**MALUUU**

Satu hari tu aku ade lah terbuka chatbox dia kat aku punya fesbuk . Mase tu dia tengah online . Aku just bukak je chatbox dia tapi tak berani nak taip ape-ape . Dalam hati nie rase macam nak tegur tak , nak tegur tak . Lepastu pulak entah macam mane tangan si myra nie pergi gatal tertaip "fjhdfjhdf" kat chat Aizat . Aku pon ... ape lagiii ?? Weyyy ... giler ko !!! Bederau darah nie . Nasib baik takde heart attack . Giler la si myra nie ... kalau ikot kan hati nak je aku potong tangan dia . Aku sebenarnya marah dengan myra tapi dalam pada masa yang sama jugak aku berterima kasih kat dia . Sebab kalau dia tak buat macam tu kann sampai bila-bila pon aku tak berani nak tegur dia . Betol tak ? Betol tak ? 

Bila aku tengok chat dia "Amirul Aizat is typing..." wahhhh ... dia balas , dia balas . hahaha . Itu lah first chatting aku dengan Aizat . Aku pon dengan perasaan yang eksaited bercampur takot pon reply la chatting dia . hahaha . Lama-lama tu terjerumus la ke lembah berchating-chatting an . hahaha . Mase first-first chatting tu aku saje je buat-buat ade banyak keje . Padahal hati tu nak je chatting dengan dia lama-lama kan ?? Tapi aku bagi alasan konon-konon nak buat keje . puiiiii ~ lakauuu ~ haha . Lepastuh , terus angau . Tak habis-habis Amirul Aizat , Amirul Aizat , Amirul Aizat . Ye , aku suka sebut nama penuh dia daripada panggil Aizat , Aizat . Sebab nama dia cool sangat . Awww ~ ok laa ... excely panjang lagi citer aku dengan Amirul Aizat nie . Cukup sampai di sini dulu yer awak-awak semua . Bye . See you later :)

Wednesday, 17 July 2013

First time puasa di perantauan nie

Assalamualaikum :)

Macam tak caye kan ... cepat je mase berlau . Tau2 dah bulan puasa . Nie first time aku sambut bulan ramadan di perantauan . Kat mane lagi ... kat shah alam laa . Before this aku sambut bulan puasa kat rumah je dengan family . Tapi tahon nie ade perubahan cket . Dimana aku sambut bulan puasa dengan member2 aku kat umah sewa kitorang . Aku , myra , uyun , mai dengan qidah . Kitorang selalu pergi bazar kat seksyen 2 beli makanan . Kat situ bazar dye takde la panjang mane . Tapi boleh la ... macam-macam ade jual kat situ . 

Lagipon bazar tu sebelah kolej meranti . Hehehehe ... kolej meranti . Siapa ?? Aizat eak ? yupp ... dia laa . Sape lagi yang duk kat kolej tu kan . Mula-mula aku pergi kat bazar tu aku tak jumpa pon dia . Batang hidung dye pon aku tak nampak . Yang aku nampak first day aku pergi bazar tu ... aku nampak hafiz , anam dengan dayat . Aizat ... aku tak nampak lagi . Second day aku pergi pon still tak nampak dye . Tapi dalam hati nie berharap sangat kalau-kalau dapat jumpa dye . Tapiiii tetap tak jumpa jugak and hari seterusnya baru la aku terserempak dengan dye kat bazar . 

Mula-mula aku da nampak da dia keluar dari pintu pagar meranti dengan member-member dye . Aku konon-konon nak buat bagi dye tak nampak . Pastu bila da lame sikit ... aku ke hulu-hilir pusing-pusing cari makanan ... tuptup ... dye terpandang aku . Aku pon terpandang dye . Ke sama-sama terpandang ?? Entah ! Aku tak tahu sape pandang sape dulu yang pasti tu la first time aku terserempak dengan dye kat bazar seksyen 2 sebelah kolej meranti . Mula-mula Ajwa cakap dye terserempak dengan Aizat dulu . Aku pon cakap mane aciiii ... ko terserempak dengan dye . Aku pon nak jugakk . hahaha . Last-last dapat jugak . Biar la sekali ... at least dapat jugak kan daripada tak dapat langsung . Mase terserempak tu ... kitorang just senyum je . Lagipon dye nak cepat ... aku pon nak cepat . Dapat tengok senyuman sipi dye tu pon dah cukup laa . Kannnn ... hahahahak . Hari seterusnya aku dah tak terserempak dengan dye dah . Maybe aku yang lewat pergi bazar atau dye yang awal . Entah lahhhh .

Satu lagi ... kitorang pernah plan untuk bukak puasa ramai-ramai kat dataran shah alam . Nie semua idea daus . Dye yang beriya-riya ajak bukak puasa kat dataran . Dye cakap bez la ape la . Yer yer je daus nih . hahaha . Kitorang pon beli makanan siap-siap kat bazar . Pastu tunggu la dua orang mamat nie datang . Semua berkumpul kat umah sewa kitorang . Tapiiii uyun pulak takde . Time nie la dye keluar . Bile da semua kumpul ... kitorang pon gerak on the way pergi dataran . Nampak hujan renyai-renyai tapi kitorang memang saje nak ikut kan hati . Haaaaaa ... Bila dah sampai dataran , dah letak tikar ape semua ... hujan rintik-rintik ... hahaha ... dah agak da nie mesti nak hujan nie . So , kita ready-ready bla dari tempat tu . Last-last semua angkat kaki bla dari situ . Last-last berbuka kat depan rumah sewa kitorang je . hahaha . Lawak giler . Tu laa takyah la nak plan bagai kalau cuaca dah ngade-ngade nak hujan la . Hishhhhh ~

Aku , myra , mai , qidah , lily , nad , daus ngan abe ... kitorang 8 orang berbuka kat depan rumah . Sadis tak sadis . Habis nak buat camne ? Dah hujan . Tapi seronok la . Dah macam keluarga aku tengok . Myra dengan abe dah macam mak ayah aku tengok . hahaha . Walaupon tak dapat berbuka kat dataran tapi buka kat rumah pon ok ape kannn . Tapi bez lagi kalau ade tetamu istimewa Amirul Aizat . hahaha .