Saya laa gadis bergigi besi tu ^_^

Sunday, 21 July 2013

Pengalaman berkenalan dengan lelaki

Assalamualaikum :)

Pengalaman aku berkenalan dengan lelaki memang banyak laa . Tapi pengalaman tu yang mengajar kita sebenarnya kan ?

Rellye dengan Aizat

Dua-dua memiliki sikap yang sangat berbeza . Aku tak nak samakan diorang . Masing-masing ade cara masing-masing . Rellye dengan cara dia . Aizat pulak dengan cara dia . Proses atau cara aku berkenalan dengan diorang pon lain . First aku tengok Rellye mase time kesatria . Kalau Aizat nie pulak time kemahiran insaniah . 

Rellye nie kalau kite tengok dia dalam kategori lelaki yang sopan . Maksud aku bukan laa aku nak cakap yang Aizat nie tak sopan . Cuma Rellye nie dia agak pasif , agak pendiam sikit berbanding Aizat yang suka huha-huha . Aizat pon ade jugak perasaan malu dengan perempuan . Dengan aku pon dia sopan .

Kalau kite tengok penampilan Rellye macam budak baik , penampilan Aizat pulak macam budak rempit , kaki motor . Satu jelaa aku nak cakap kat sini ... 

Don't judge a book by its cover

Penampilan luaran tak semestinya melambangkan sikap seseorang tu . Tak semestinya Aizat dress up macam tu ... ow nak cakap dia yang kaki motor , mat rempit . Plizzz laa ... open your mind . Jangan cepat judge seseorang tu . Ade jer orang yang dress up kemas , sopan tapi jahatnyer mashaallah ...

Waktu dengan Rellye dulu mase aku cakap aku nak berkawan dengan dia ... so far ok laa . Dia bagi respon yang baik . Dia nak jugak berkawan dengan aku . At least ade feedback laa kan . Macam tu jugak dengan Aizat . Bermula dari kirim salam dan sampai laa hari ini aku still berkawan dengan dia . Dua-dua bagi respon yang sangat baik bila aku cakap aku nak berkawan dengan diorang . Alhamdulillah :)

Bukan nak kata laa ... tapi aku tengok Aizat lebih appreciate aku berbanding Rellye . Aku tak cakap yang Rellye tak appreciate aku ke ape . Tapi tak sampai tahap 100 peratus . Lain dengan Aizat , bila aku ajak Aizat keluar ... ok , dia pon nak keluar . Pergi minum ke ... Tapi bila aku ajak Rellye study sama-sama aku masih nampak kejanggalan dia bila dengan perempuan . Rellye nie hanya berani bila di facebook sahaja . Bila aku chatting dengan dia ... seolah-olah kita dah kenal lama . Tapi bila dia di luar perasaan malu tu masih melekat pada dirinya . Aizat nie malu-malu jugak tapi at least dia takde perbezaan dalam facebook dengan luaran . Kalau chatting dengan dia ... macam mane dia kat luar macam tu jugak dia kat dalam facebook . Dia just jadi diri dia .

 Aku sebenarnya tak nak bandingkan sape-sape . Dua-dua aku kenal , dua-dua baik . Dua-dua pon ok .
 

No comments:

Post a Comment