Saya laa gadis bergigi besi tu ^_^

Sunday, 21 July 2013

Doa mendekatkan kami yang berjauhan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

" Ya Allah ... Aku mohon padamu Ya Allah Kau permudahkanlah hubungan aku dengan jejaka yang telah mengetuk pintu hatiku pada saat ini iaitu Amirul Aizat . Jika dialah jodoh aku Kau aturkanlah hidup aku dan dia dengan baik . Sesungguhnya perancanganMu itu lebih baik . Jika itu yang terbaik , hamba sebagai manusia hanya mengikuti perancanganMu . Kau bukakanlah pintu hati dia supaya ada sedikit ruang untuk aku Ya Allah . Supaya dia dapat terima aku Ya Allah . Aku mohon padaMu Ya Allah supaya Kau sentiasa melindungi Amirul Aizat dimana pon dia berada , apa pon yang dia lakukan , Kau lindungilah dia . Berilah kebahagiaan kepadanya di dunia dan akhirat . Murahkanlah rezekinya . Bukakanlah pintu rezekinya seluas-luas pintu syurga . Bersihkanlah hatinya serta kuatkanlah imannya . Semoga dia sentiasa menjalankan perintahMu Ya Allah . Jika dia benar-benar jodohku , Kau kuatkan perasaan ini Ya Allah . Satukanlah hati kami . Semoga dia juga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya . Aku gembira melihat dia bahagia Ya Allah . Semoga hubungan persahabatan yang terjalin antara aku dan dia berkekalan sehingga ke jinjang pelamin . Aku juga berharap semoga kami akan dapat berjumpa lagi pada sem depan . Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya Kau Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani . Perkenankanlah doaku Ya Allah . Amin amin Ya Robal Alamin "

*Aku sangat bersyukur dapat mengenali dirinya dan terima kasih kerana telah mempertemukan kami* 

 

No comments:

Post a Comment